Pages

Followers

Friday 28 October 2011

bersukurlah............



Disaat kamu merungut kerana tidak mempunyai kasut yang baru untuk dipakai,ketahuilah bahawa ada individu lain yang tidak mempunyai kaki untuk memakai kasut,

Disaat kamu sedih kerana memakai pakaian yang tidak berjenama,ketahuilah bahawa masih ada insan yang bergembira walaupun hanya memakai baju compang-camping.

Ketika kamu mengomel kerana ibu bapamu tidak memberikan apa yang kamu inginkan,ingatlah bahawa ada orang lain yang tidak mempunyai ibu bapa untuk memberikan apa yang dia hajati.

Ketika kamu marah kepada mak cik kantin kerana menghidangkan juadah yang tidak enak,ketahuilah bahawa terdapat insan di luar sana yang menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi,

Pada detik kamu menangis kepenatan,ingatlah bahawa masih terdapat ramai insan yang tidak cukup rehat untuk menghilangkan kepenatan,

Ketika kamu kecewa kerana mnedapat keputusan  peperiksaan yang tidak membanggakan,ingatlah bahawa masih ada insan yang tidak dapat mengambil peperiksaan kerana kesempitan  hidup,

Hidup ini untuk bersukur.
Andai kamu berasa kamu cukup menderita,ketahuilah bahawa masih ramai insan diluar sana yang lebih menderita daripada kamu.
Dalam aspek keduniaan,jangan kamu bandingkan dengan orang yang lebih tinggi dari kamu kerana akan menzahirkan rasa tidak bersyukur dalam hati,
Tetapi,
bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kamu agar rasa syukur terbit dari sanubari.


cubaan untuk menulis hasil sendiri buat kali pertama.walaupun penggunaan ayat hanya biasa,namun berharap suatu hari nanti dapat menjadi penulis yang dapat menghasilkan hasil karya yang menyentuh sanubari pembaca.
^_^

Wednesday 26 October 2011

cara mudah untuk bersenam

assalamualaikum w.b
hahahaha........sebenarnya,sy ni kepenatan dan lutut terketar-ketak disebabkan oleh baru lps exercise(lagi-lagi exercise)....plan nak p jogging tapi yang cik ya geramnya ada org kt tmpay yg saya nak jogging...walaupun tu bukan jalan kepunyaan saya,tapi sy tak nak org lalu lalang kt situ semasa sy berjogging..segan-silu taw tmbh2x depan lelaki....laen lah kalau saya ni lelaki,badan tough mcm ozil(emcem),kalau perempuan lalu sy akan lari semakin laju because i want to show my toughness...lari topik lak!!!
my ozil




ok..back 2 topic....
senaman yg saya maksudkan naik turun tangga..(hah!!!!tangga)


tangga yg sesuai untuk exercise
yer..tangga....x kenal tangga?ni dia saya tunjukkan..
tapi korunk jgn guna tangga ni lak,naik terpele'ok(tersungkur kang)..
tangga hiasan
nak taw naper sy ckp naik tangga senaman yang mudah...the reasons are:
  • praktikal.bila2x masa boleh digunakan sama ada malam,siang,panas,hujan,waktu ada petir, dan bila2x masa yg korang suka
  • kedua sebab tidak memerlukan kita mengelaurkan sebarang wang.xyah la dok p gym tiap2x hr,wat hbs pitis jer....
  • yg ketiga sbb berkesan.kalau korang dan naik tangga sampai tingkt 3 dh terjelir2x lidah menahan keletihan.
tapi ada  keburukannya pom ada jgk.
  • senaman yg tidak menarik
  • bosan
  • terlebih penat
hai.kalau dh mls mcm2x alasan kita akan bagi.Tapi sebenarnya ,kalau kita bertekad untuk mengamalkan gaya hidup sihat,kita akan menjadi lebih kreatif dalam melakukan senaman.betul tak???




dunia kucing....

salam...disebbkn sy suka suka sgt kt kucing,so entry pasl kucglah yg akan di publish..hehehehhehe...






cuba korang bayangkan kalau ada surat khabar spesel yg citer psl kucing,msti ramai manusia tgk kan..kalau sy sy akan tgk la sbb nk ketawa puas-puas..mesti kelakor...

k la...sebenrnya x der modal sgt nk tulis entry hr ni...juz nk sampaikan HENTIKAN PENDERAAN TERHAPAD KUCING tak kisahlah kucing jalanan ker,kcg pelihara kt umah ker,kcg jntan or betina ker...stop it ok...sgt sedih bile liht kcg kena seksa.......
meow meow...hentikan penyeksaan terhdp kwn2x sy yg lain yer...meow..meow...

Monday 24 October 2011

TATKALA KAMU MEMBUAT AYAHMU MENGALIRKAN AIR MATA

26 Januari 1992.

Hari ini, menjadi titik indah buatku. Hadirnya cahaya mata ini mengutuhkan lagi hubungan kami sebagai sepasang suami isteri. Telah lama ku tunggu saat ini menjadi kenyataan, terima kasih tuhan, aku teramat mensyukuri nikmatmu. akan ku sujud syukur sebagai tanda syukur padaMu, yang telah mengabuli doa kami. terima kasih Tuhan, akan ku jaga sang anak ini, dengan sepenuh kasih cinta. Akan ku lengkapkannya dengan agamaMu, agar cintanya hanya kepada agama, agar menjadi muslimah sejati.

26 Januari 1995.

Happy birthday sayang! semoga kamu membesar dengan penuh rasa cinta, ibumu senantiasa tersenyum melihat telatahmu yang baru belajar berdiri. Ternyata kamu sangat pintar dan cepat belajar, alhamdulillah... Semoga kamu menjadi pesona ibu dan ayah.

Januari 1998..

Hari ini merupakan hari pertama kamu melangkahkan kaki ke alam persekolahan. Ayah menghantarmu sehingga ke kelas. Kamu menangis di kelas, meminta ayah tunggu. Sayang, janganlah bimbang, di sini kamu akan memperoleh ramai rakan dan menimba ilmu dari guru. Ayah yakin kamu akan gembira di sini.

Januari 1999.

Pertama kali melangkahkan kaki ke sekolah rendah, ayah sudah merapikan bajumu, tudung dan perkakasan sekolah, sedang ibumu sedari pagi sibuk menyiapkan sarapan dan juga bekalan. Sebentar lagi ayah akan mengejutkan kamu dari tidur biarlah ayah menatap wajah cahaya mata kesayangan ayah ini dahulu, untuk beberapa saat. Sangat comel anak ayah semasa tidur.

November 2003.

Hari ini, kamu pulang dengan senyuman, di tangan kananmu tergenggam erat sekeping slip, dengan mata yang berkaca, kamu berlari lari lalu memeluk erat ibu,dan mencium tangan ayah. Perasaan sebak timbul di hati.sambil mengucapkan ''terima kasih ayah, ibu adik berjanji akan belajar dengan bersungguh sungguh lagi,". Tahniah anakku, tidak sia-sia usaha kamu selama ini. Slip peperiksaan yang tertera huruf A berdarab lima menjadi bukti kesungguhanmu menimba ilmu, teruskan usahamu wahai anak.

Januari 2004.

Alam persekolahan sememangnya indah dan mencabar, sekolah menengah adalah perjalanan seterusnya untukmu berjaya. Teruskanlah perjuanganmu. Ayah bangga mempunyai anak sepertimu, menjagamu, melihatmu tersenyum riang, melihatmu dewasa, menjadi sesuatu yang takkan pernah ayah menyesal..:)

27 Januari 2007.

Hari ini, hati ayah sedikit runsing. Ayah terjumpa surat-surat cinta dari dalam beg sekolahmu, dan sms di telefon bimbitmu memberitahu ayah, bahawa anak ayah sudah pandai bermain cinta. Sememangnya cinta adalah pemberian Tuhan. Tetapi ketahuillah anak, usiamu belum mengizinkanmu untuk ini. Ayah meletakkannya kembali, demi tuhan, ayah sangat risau. Ayah akan cuba sebaik mungkin untuk meluahkan kepadamu, sedewasa mungkin. Ayah tahu kamu kini seorang remaja, ingin dilayan seperti seorang dewasa, ayah faham.

11 p.m.

Ayah terkejut dengan perlakuanmu. Ayah cuba untuk menerangkan kepadamu hal yang sebenar, bukan perasaanmu itu dilarang, namun waktu saja belum tepat untuk merasakan semua, tetapi kamu meninggikan suara, bila ayah menasihatimu, kamu menengking ibumu. Ibumu sedari tadi menangis, lalu tertidur dalam tangisannya. Anakku, ayah sedikit kecewa dengan sikapmu, ketahuilah, kami yang menjaga makan minummu sedari kecil, kamilah yang menyayangimu sepenuh hati, bukan dia.

28 Januari 2009.

Sekali lagi air mata ibumu tumpah dengan sikapmu. Pagi tadi ibu membersihkan bilikmu, agar nampak kemas, sedang ibumu menyapu,i bu terjumpa sebuah beg berwarna ungu. Ibu membuka zip beg tersebut kerana merasa curiga., langkah terkejutnya ibumu, pakaian-pakaian di dalam beg tersebut bukanlah hasil pembelian ibu mahupun ayah. Skirt pendek dengan warna yang pelbagai, baju tanpa lengan, seluar jeans ketat, dan alat kontrasepsi! UNTUK APAKAH ITU WAHAI ANAK! dan tanpa rasa bersalah pula kau mengakui pakaian itu hak mutlak kamu. Bukankah ayah memberikanmu didikan agama yang sempurna?

Lalu siapakah yang mengaji di hadapan ayah dari muqaddam sehingga khatam al quran? Siapakah yang menjadi ma\mum ayah selepas ibu? Siapa pula yang ayah hantar ke sekolah agama setiap petang? Siapa duhai anak? Siapa? Ibumu pengsan selepas solat maghrib tadi. Sedang engkau hilang entah ke mana, curi keluar, tanpa kami sedari.

26 Februari 2010.

Ibarat dipanah petir hati ayah dan ibu apabila mendengar pengakuanmu, "ayah,ibu...adik hamil" ya Allah, apalah dosa-dosaku ya Allah?!. Beratnya beban yang kau beri. Gelap pandangan ayah mendengarkan itu, ibumu? menangis, meraung, memikirkan cahaya matanya yang sudah jauh dari agama. Kurangkah didikan kami?. Kurangkah belaian kasih sayang kami?. Setelah kami tatang kau ibarat minyak yang penuh, lalu apakah jenis timbalan yang kau beri duhai anak?.

Di manakah janjimu dahulu wahai sayang?. Janjimu yang akan belajar bersungguh-sungguh?. Sedang rakan-rakanmu pulang dengan membawa senyuman sambil menggenggam slip peperiksaan dan kau pulang membawa keputusan hamil dari hospital?. Adakah ini cara kau membalas jasa ayah dan ibumu?. Apakah ini wahai anakku. Kau melukakan hati ibu, mengguris hati ayah!. Terbayang di fikiran saat kau dijamah buaya laknat tersebut, cukup membuat hati ayah remuk, hancur, berkecai!.

Apakah kau terlupakan agamamu?. Andai kau tidak cintakan ayah dan ibumu lagi, cintailah agamu duhai anak. Kamu punya tuhan. Tuhan yang maha melihat setiap gerak gerimu! terlupakah kau pada zat yang satu itu? lalu apakah yang akan ayah dan ibu jawab, saat diasak pertanyaan dari sang Tuhan, tentang kegagalan kami mendidikmu?. Tentang kealpaan kami dalam mendidikmu?.

Tahukah kamu wahai anak, perbuatanmu bakal menghantar ibu serta ayahmu ke neraka?. Kau campakkan kami ke dalam lubang yang tersedia panasnya sejak penciptaan bumi, dengan menggunakan tangan-tanganmu sendiri!. Kau relakan jasad ibu dan ayah kau dibantai oleh Malik, si penjaga neraka. Kau biarkan kami meraung-raung dijilat api, dan kau hanya melihat kami disengat binatang-binatang bisa!. Sampainya hatimu. kenapa tidak, engkau ambil sahaja pisau, tusuk ayahmu ini, tuangkanlah racun, beri sahaja ibumu minum! lebih rela kami dibunuh, dari menelan pahitnya kenyataan.

Dan hari-hari yang kami lalui selepas itu, tidak seindah saat mengazankanmu di telinga kanan,dan iqamah di telinga kiri..

Anak menangis, meraung-raung menyesali diri yang kotor dan hina, menyesali diri yang tidak pernah mengenal erti syukur, dikurnai ayah yang sempurna. Namun, tangisan tiada lagi berguna, kerana sang ayah bakal tidur lena. Anak hanya mampu menatap wajah ayahnya yang pucat, untuk kali terakhir, sebelum kembali dikambus tanah...

Sumber : iluvislam.com
*gambar hiasan*
.

SOB..SOB..
mmg sedih kan baca article nie esspecially sy yg sdh tidak mempunyai ayah.sejujurnya,sy sangat merindui wea saya.Saya syg dia yg keempat selepas ALLAH,Rasulullah s.a.w dan ibu saya.Erm...sy bersyukur sbb sepupu sy lagi bernasib malang dari saya.Dia kematian ayahnya sejak dia dalam perut ibu dia lag(mak saudara saya).Mmg byk dugaan dia,baru ni dia sakit,Alhamdulillah sekarang dia dh sembuh.Sepupu sy seorg yang baik


Nasihat saya kepada yang mempunyai ayah,hargailah ayah anda.Bahagiakan dia.Jagalah dia di hari tuanya.




kepada yang baca enrty ni,sedekahkan alfatihah untuk wea sy..wea sy handsomekan?
^_^

Muhasabah diri....

m.a.l.a.s......
actually,bila dh mula berblogging,rasa malas semalas malanya nak wat ass.Tiap saya wat ass,dok terpikir kt blog,rasa nk hias mcm tu la,nk tmbh yg ni la,nak pos entry pasl ni la..nseb baik la ass statistik dh nk siap..tidak,naik gila kepala guek dok pikir ass statsitik...im not genius in statistik but i will try harder to score (grammar sy mmg hancur),tp xpela aslkan korunk faham kan.....hehehhehehehe...

Mcm mana nak hindarkan m.a.l.a.s ni....hish,nak kata penat pergi kerja,tak jugak.Paling pent pun p jogging tadi jer.......nk kata jaga budak kecik,mana ada..hish...dok pikir2x,maybe terlebih tidur kowt.....bahaya jugak terlebih tidur nie...

Kalu muhasabah diri balik,Rasulullah s.a.w lagi banyak tanggungjawab berbanding diriku ini.Baginda seorang pemimpin,suami,ayah,datuk dan banyak lagi tanggungjawab baginda,namun baginda dapat melaksanakan tanggungjawab tersebut.....Tambahan lagi,di kala kesibukan menjalankan tanggungjawab,ibadat baginda melebihi individu-individu lain yang tidak sibuk..

Ya ALLAH,kerdilnya diri aku nie.kerja tak banyak,tapi merungut tu lebih.Susah sikit,merungut.Tak puas hati sikit,dh sakit hati.ermmmmm....speechless....
Rasulullah s.a.w..
THE CHOSEN ONE
Rasulullah s.a.w .You are ALLAH chosen one....=)

Muhasabah diri.....




penghargaan

assalamualaikum.w.b..
hye.....
perasan tak gmbr yg sy letak pada setiap enrty?cntikkan..sebenrnya sy amik dr
 http://nayzak.deviantart.com/......so,terima kash kpd nayzak kerana membuatkan blog sy lebih berwrna - wrni..so,kwn kwn,jom la g melawt website,byk wallpaper cntik taw....

k la..tata

Saya suka bila cikgu..............

Assalamualaikum w.b...
Hye......tiba-tiba teringtkan cikgu-cikgu sekolah dulu.Sekolah rendah,sekolah menengah,matrik..owh..i miss them so much tp ada la certian2x cikgu yg aku x berapa gemarkan dia punya sikap (x bai taw nadia)..
Why I miss my teacher...Apa yg saya suka pasal ckgu saya dulu..now,Lets check it out...

Saya suka bila ckgu......

  • Ingt nama saya 
Korang msti suka kan kalau cikgu ingt nama korang.Kat sekolah rendah dulu,sy mmg femes (perasan).Tapi ada sebab la,maybe sbb most ckgu kat situ tempah baju dgn mak sedara sy iaitu Che pah.Ok.fine.sila ketawa....tp yg pntg ckgu igt la kan..tmbhn kt sekolh rndah dulu,ak aktif,muka x taw malu la,biasala,,,hehhe..

Naik sekolah menengah,masa form 1,x der sorg ckgu pom yg ingt nama say.Rasa mcm x dihargai.Cikgu yg igt nama saya ialah cikgu homeroom la.Baik orangnya.Cikgu Faridah (hrp dia x baca entry ni.).Beliau mengajar subjek matematik.Sy suka cikgu ni.Masa f1 mmg aku lasom x femes.Pertama sbb result terok,kedua sbb pendiam.So,x da sbb kan ckgu nk igt sy..hehee

ok.masa f2,dh ada peningkatan.Cikgu yg ingt nama sy ialah Cikgu Nik Fatihan (manis orgnya).Beliau pun mengajar matematik.Walaupun sy kecut perut belajar dengan dia sbb cikgu ni suka soal dan panggil nama.Saya selalu la kena sbb dulu mmg slom la bab-bab matematk.Fail mmg dalam tgn masa zmn kecik2x dulu.

Naik f3 pom ada peningkatan.Pn Ruhaida (comel dan ajar sains)Teacer Marliza(comel orgnya),Cikgu Fadhil(ajar bm,kelakar orgnya sbb suka wat lawak).I like....................

Naik f4 sbb bertukr cikgu homeroom,jd ada la ckgu lain yg ingt nama i.Namanya Mama Ida.Mengajat math jgk

*ckgu matematik yg mengajar sy kebanyakan ingt semua nama  pelajarnya*
-Cigu Faridah
-Cikgu Is
-Cikgu Nik Fatihan
-Mama Ida


Naik f5 la paling saya suka,ramai cikgu ingt nama saya.........suka sangt......rasa mcm dihargai..i miss my MRSM kk.......cikgu fadhil,ustz khaidir,ckgu faridah bio,ckgu roslina,ckgu ruhaida,cikgu is,teacher hilda....

AKAN TETAPI,ada juga sikap cikgu yg aku x suka iaitu dia suka berbual dgn student cun jer,student yg porah mcm aku ni dia x amik kish sgt..grrrrrrrrr..tp dulu la...masa sy lower form dulu la sy comot,skrg dh cun ok..(bukan perasan,tp memuji anugerah ALLAH berikan kpd saya,semua org cntik)...mmg sy x suka ckgu tu..nseb baik sy dpt A sbjek dia masa exm PMR...opssssss...tercakap sdh..tp skrg dh x dndm dh..x baik taw berdendam,gelap hati..................
bila sy jadi cikgu nnti,sy berhrp sy akan menjadi guru yang bermkna kpd anak murid sy.Biar diorg rasa yg sy menyayangi diorg.


ok..ni jer utk entry kali ni..LAST but not least,jasamu akan kukenang cikgu........
tata^titi^tutu.....................salam


jogging di pagi hari

assalamualaikkum w.b....

hye...x sangka best jgk yer kuar pagi-pagi pastu hirup udara segar sambil berjogging.Ya Allah,saya nak kurus.
Sebb tu la tanpa segan silu saya keluar jogging walaupun ramai manusia tengah lalu-lalang.Ajak Aisyah,dia bekerja(rajin la kawan aku sorang ni).Nak ajak fikah.dia dah mandi(tp fikah dah kecik).Nak ajak Farah,dia balik kg(tp Farah dah kurus dan awet muda lgi).Nak ajak Za,dia tak mahu.So,i terpaksalah pergi sorang diri.Dalam hati aku,"x der jalan lain ke nak lalu"..hehhee..mcm la jalan tu jalan kau punya Nadia...hish..hish..

Actually,why i rajin sgt ni nk jogging?...Sebab i nk kurus la.Hiah..bila la i nak kurus yer..sy harp nnti graduate ni i dpt la capai berat yang ideal dengn ketinggian..tinggi i 1**cm dan berat i  **kg.hish.....
Nk taw tak megapa sy ni kurus(mcm la korung nk taw kan).Sebabnya adalah:

  • pertama sbb biar badan rasa ringan.rasa badan ni mcm bawak batu jer.hehehe
  • kalau pakai baju x dr la nmpk sendat semacam jer..tp alhamdulillah bila saya pakai bju muslimah x nmpak la bentuk bdn sy yg slim nie..hehehheh...
  • supaya terhindar drpd penyakit kronik.
Jdi,utk melaksanakannya,perlukan keazaman yg tinggi menggunung,Kalau setakat keinginan jer,belum tentu akan berjaya.Tapi,niat untuk kita kurus mestilah betul.Bukan kerana semata-mata nak pakai baju ketat,biar nmpk body lawa..x baik taw mcm tu...Aurat taw...

Antara pelaksanaanya ialah:
  • makan untuk hidup,bukan hidup untuk makan.Rasulullah s.a.w kalau makan baginda akan berhenti sebelum kenyang.Untuk mengelakkan kita makan banyak,sunnah Rasulullah s.a.w ialah makan buah dahulu sebelum makan makanan berat seperti nasi dan sebagainya.Indahkan cara Rasulullah s.a.w.
  • Banyakkan pergerakan.Buatlah apa-apa pekerjaan yg mengeluarkan peluh seperti kemas rumh,jongging,basuh tandas,dukung baby dan apa-apa lah yg sewaktu dengannya.
tengoklah cara Rasulullah s.a.w menjaga kesihatan diri.Bukan luaran sahaja,dalaman pun kena jagga taw.

hehehe..sy berharap dan berdoa agar saya akan mendapat bentuk badan yg ideal.Doakan saya ek!!!!!
Gua pergi dulu bro.....salam
nak kurus mcm awek kt atas ni.Comel kan.
*kredit to nayzak.deviantart.com

my first entry

salam...hello...
actually,ni lah kali keempat aku create blog...sebelom ni,sekali wat blog aku delete..ak pom x fhm naper.Bila x der blog ,terhegeh2x nk wat blog,bila dah ader,p delete pulak....adoiyaaa...



im really like reading the others blog(x taw betul ke tak grammar)..bcuz i can understand the others life n appreciate what ALLAH give to me.....So,i hope ramai la yg sudi accept i sebagai follower..ok....
 i hope i can give the best and good entries for everybody....mcm hadith Rasullulah s.a.w  sampaikan walaupu sepotong ayat.Sekiranya kita menyebarkan kebaikan dan org lain memanfaatkan kebaikan yang kita sebarkan itu,insyaALLAH,kita akan mendapat ganjaran.Yang penting hati kena ikhlas taw...

Lst but not least,ISLAM IS THE BEST WAY OF LIFE..^_^
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...