Pages

Followers

Wednesday 18 April 2012

PETUA TIDUR NABI SAW



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam 



itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 



by ~ Menerjah Badai






notakaki~~jom amalkan sunnah 

Perkongsian ^________________^

SEDIKIT PERKONGSIAN

^______________________^


^________________________________^

Lets change



Masa tengah view post kat wall FB,tiba-tiba saya tertarik dengan link yang telah dishare.Jom kita view kat sini pulak.;)




i Have a friend.(tetiba speaking).Namanya rahsia.Dia cool dan tenang.Bila tanya dia,awak tak terasa hati ker dengan apa yang sifulan tu buat kat awk?She says "tak lah biasa je".Oh man,saya yang melihatnya ni pun rasa macam terkilan dengan tindakan sifulan tue tapi kawan saya ni cool jer.Tapi hasilnya,dia meraih kebahagiaan walaupun diperlakukan sebegini rupa.

So,kalau kita fikir balik buat apa kita nak bersedih kan dengan apa yang orang buat kat kita.Kita sepatutnya happy sebab ALLAH nak uji kita.Maka dengan ujian itu,secara tidak langsung kita akan dapat ganjarannya.


Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. 

from http://genta-rasa.com/2009/10/07/jangan-marah/

So,lets change Wan Nur Nadia.Bila kita marah,kita sudah membazirkan saat-saat keindahan dalam hidup kita.
 
agak,bila tengok gambar nie,korang marah tak.Tersenyum sorang2 saya tengok gambar nie ;).Comelnya.

notakaki~saya rindu kucing saya~

Wait for me Smk Sungai Pusu ;)

Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat saya berpraktikal di SMK Sungai Pusu.Harap-harap warga-warga sekolah tersebut menerima kehadiran saya dan kawan saya dengan seadanya.
Hohoho...semoga segalanya dipermudahkan.Begitu juga dengan urusan anda.
Berdebarnya nak p pratikal.Nak ajar anak orang.Bukan senang tue nak mendidik anak orang menjadi pandai+bijak+genius.

Tapi,penting ke semua tue kalau tidak disertai dengan akhlak yang baik.
ermm.bagi saya,cukup sudah anak murid saya mempunyai akhlak baik walaupun akademik tak seberapa .Kan?
Yeah.mereka mungkin sudah berusaha.Tapi ALLAH tangguhkan rezeki mereka dulu sebab ALLAH nak bagi yang lebih baik lagi.Kan?



Cikgu sekarang bukan mcam cekgu dolu2.Mai nak habak.student sekarang kalau cikgu suruh buat ketuk ketampi 20 kali pun siap kasi tahu mak bapak.bagi mak bapak yang memahami,tak pe la yew.Tapi,kalau mak bapak yang manjakan anak diorang,silap hari bulan,kena sama woooo.Macm status teacher saya kat FB.


Lecturer ada cakap cikgu sekarang sebelum ambil tindakan kat budak2,kena fikir dulu pasal periuk nasi.Betul tak?


Ok.dah tak tau nak taip aper.Gua p dulu yew.Lets check it out


notakaki~lalala,berdebar ..

Friday 13 April 2012

my first experience as a teacher ;)

Apa khbar anda semua hari ini?Andai sihat lafazkanlah kalimah Alhamdulillah,andai sakit lafazakanlah kalimah Alhamdulillah juga kerana dengan kesakitan yang kita dapat,insyaALLAH dosa-dosa kecil akan terhapus.~Amin~

hari ini dah masuk hari Sabtu.Malam nie dah nak naik bas kat Pasir Puteh.Sadis kan?Perjuangan  mencari ilmu perlu diteruskan.Mahu tak mahu,kena p jugak.Orang lain nak fly kat Rusia pun tak kecoh,ko nak naik bas p Tanjung Malim pun siap apdate enrty lagi (ketuk kepala sendiri).Sebut Rusia,teringat kat my super duper lovely friends terutama sekali Nadiah.Apa khabar dia di sana.Cabaran yang dihadapi oleh beliau lagi hebat dari saya.Belajar di tempat orang,dalam cuaca yang sejuk,amek medic lagi.Dalam satu hari tidur 1-2 jam jew.oh man.kalau bandingkan diri aku nie,cabaran aku tidak seberapa pun.Cabaran aku hanyalah sikap aku sendiri jer yamg malas.

Panjang bebenor intro yew.

Ok.Selepas habis sesi mikroteaching di SMK Cherang Ruku,maka selesai sudah lah sebahagian daripada tugasan KPD aku.Tunggu nak buat Refleksi jer.Bila tengok video tu balik,rasa kelakar kot.hehehe.First n foremost,a special thanks to the teachers of SMKCR for giving the chances for us to teach their student (penat cakap BI,grammar terabur,lap peluh ckit).Terutama sekali pada CIKGU KHAIRIYAH,CIKGU ZALANI DAN CIKGU ZAKARIA.Mereka adalah guru-guru yang hebat.Whay i say like that?Ini kerana mereka membimbing saya dan rakan saya dengan penuh berhemah dan mereka tidak pernah memandang saya dan rakan saya dengan pandangan yang pelik jew.Ye la biasanya kalau cikgu2 baru ni,biasanya kena buli,sindir dan bagai2 lagi.Ini cerita dari kawan yang nak pergi mintak mikroteaching kat sekolah.Diorang siap kena marah lagi.Kalau tak nak bagi,janganlah marah kan.Cakap dengan cara baik.

Selain itu,terima kasih kat pelajar-pelajar 1 Ugama yang memberikan kerjasam pada saya walaupun tidak diminta.Syok yew jadi cikgu.Berbaloi juga yew p mikro kat sekolah.Dapat anak murid baru.Mereka2 adalah my first student in my lyfe.

p/s;nak upload gambar,tapi broad band kesayangan amatlah slow.


Yang seronoknya,saya dah terima mesej dari anak murid saya yang menyatakan semua pelajar 1U merindui saya.so sweet.muahaaa.terharu beb.ni first time la saya mengalami perasaan terharu begini.biasanya terharu benda2 laen.hehehe.


 to all 1U students,i miss u too.the most important thing is dont be naughty.respect ur parents n your teachers.study smart n study hard.Yang paling utama sayangi ALLAH dan RASULULLAH S.A.W.InsyaALLAH jiwa anda akan bahagia. ;)


notakaki~tak mahu melihat anak murid lari dari rumah mengikut teman lelaki :(

Wednesday 11 April 2012

Definisi Cantik

CANTIK

sapa tak nak cantikkan.Lelaki dan perempuan mesti nak kelihatan handsome atau cantik terutama sekali apabila kita berhadapan di khalayak ramai.

Kalau tanya Angelina Jolie,
"Angie,what's beauty means to you"?
My lips makes me beautiful..muaaaahhh 

Kalau tanya Kareena Kapoor,
"Kareena,cantik tu aper"
nehi babuji,  (ada kaitan ke terr) "Hidung yang mancung tu cantik"

Kalau tanya Yoona SNSD,
maybe Yoona jawab "tengoklah kulit saya yang putih dan mata saya yang bulat"

ok done.semua dialog di atas adalah rekaan pengarang semata-mata tapi since mereka-mereka dia atas adalah golongan artis antarabangsa yang meletup,sudah tentulah kecantikan luaran itu amat penting bagi mereka agar mereka nampak cantik dan segar di hadapan peminat.

CANTIK DALAM ISLAM

Dalam ISLAM,rupa paras itu adalah tidak penting.Yang penting adalah hati.Kalau hati bersih dan suci,nescaya di wajah juga akan terpancar kebersihan dan kesuciannya.Manusia adalah sebaik-baik kejadian.JADI,adalah tidak adil sekiranya rupa paras itu dijadikan ukuran untuk ke syurga kerana rupa paras itu adalah pemberian ALLAH.Di sisi ALLAH,TAQWA itu menjadi ukurannya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. 
Surah At Tiin, Ayat 4-5.

Jadi,semua yang kita miliki sekarang adalah pinjaman daripada ALLAH.Tidak perlulah kita berbangga kerana ini semua bukan milik kita.Yang paling penting jangan sesekali menyalahgunakan pemberian ALLAH.

BAGAIMANA NAK KELIHATAN CANTIK

Macam mana nak kelihatan cantik yew?
Pakai Fair&Lovely kah?Safi Rania ..jelita tanpa mengira usia..Oh you..dalam Islam,senang jer nak cantik .tidal perlu keluarkan wang beribu-riban yew.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan doa. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. 
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- 
(DOA TENGOK CERMIN) 

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.


Senangkan?Tak perlulah bersakit-sakit nak cucuk sana,cucuk sini.Sakit yew.Nak cucuk jarum kat lengan pun dah sakit inikan pula kat bahagian muka.
Tak perlulah berhabis-habisan nak beli kosmetik yang mahal-mahal padahal segelintir ramuan dalam kosmetik tersebut adalah mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kulit.


CANTIK DI HADAPAN ALLAH LEBIH UTAMA 

BERBANDING DI HADAPAN MANUSIA.KAN?

Anda semua cantik


p/s ;Ingatan untuk diri sendiri terutamanya.

Tuesday 10 April 2012

Matlamat itu penting

Memang kebelakangan ni sudah lama tidak mengapdate blog kesayangan.
Mungkin disebabkan sibuk dengan jahit,research dan bagai-bagai lagi assignment yang seangkatan dengannya.Namun,mesti korang perasan tak yang aku apdate kan kelmarin.Iyalah skunk ni aku lagi honeymoon kat umah for 1 week.Pejam celik hari dah masuk hari Rabu.Sebentar gila masa berlalu.

Kalau assignmnet banyak,rasa malas nak buat kan.Aku rasa macam nak tidur jer walaupun hati tak tenang.Tapi kalau assignment sikit pun malas juga nak buat.aiyaa.memang tebukti lah kau ni pemalas yer Nadia (ketuk kepala sikit).



Bagaimana nak memjadi manusia yang bermatlamat?

Aku sebenarnya bukan manusia yang tidak mempunyai matlamat.Tapi aku adalah manusia yang kadang-kadang malas nak menunaikan matlamat tersebut.Memanglah aku rajin pergi kelas sebab kadang-kadang boring juga u dok kat bilik.Dah lah bilik aku mcm gua.Sangat kondusif untuk tidor.ZzZz.
Ini menjadikan aku bila buat kerja jadi slow sikit.Ye lah konon-kononnya hari ni target aku nak siapkan modul subtopik 1.1.Phewww.tengok-tengok separuh pun tak siap.Maybe aku ni jenis yang suka fikir lama-lama sampai tangan tak bergerak.Ye la sekarang ni aku agak bangga dengan diri aku kerana dalam satu hari aku tak on pun FB u.cayalah u.hehehe.

Now,aku sudah tahu bagaimana nak jadi manusia yang bermatlamat.pertama,cari tempat yang kondusif untuk merealisasikannya.
Tempat yang bermain di fikiran aku sekarang ialah Pustaka Tunku Bainun.Since nanti naik cuti aku nak bawak adik aku punya motosikal,so,aku rasa tiada masalah untuk aku pergi ke pustaka .Tidak perlulah aku tunggu pak cik bas yang mengambil masa 30 minit untuk bergerak terutamanya hari Ahad dan Sabtu.Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH.AMEEN.
motor budak i la aku nak bawak terrrr


kEDUA,I kena bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.Bukannya senang nak buat Research Project ni.Bukannya boleh main copy paste dalam blog orang lain dan korang print.Yang tu dah jadi plagiat u know.Nak buat reseacrh , pertama kena baca la dulu.Kebanyakan bahan bacaannya adalah omputih,memang la.Aku ni pure melayu,mana lah nak paham mat salleh tu cakap apa.Kalau setakat i lap u,u lap i tu aku paham la.Juz broken-broken english u know.Easy-easy first,difficult-difficult later (quotes from the awesome teacher,Sir Fakri).

Ketiga,kita kena ada catalyst untuk mencapai matlamat itu.Bukan catalyst Minyak Kelapa Dara ter.Ni catalyst yakni peransang.Setelah aku mendengar story from my ex-housemate yakni Kak Wani,yang telah memenangi reseacrh terbaik semasa simposium budak-budak biologi semester lepas,wow,aku terpegun u know.She said "lab is the first house during the weekend".Oh Man .aku hujung minggu aku sibuk juga tapi sibuk tidur dalam bilik.Tidur lama-lama pun penat juga u ollss.So,nanti naik cuti pandai-pandai la Nadia untuk berubah.Masih belum terlambat lagi yew.

Ni aku nak story pasal kawan aku ni yang rajin.Memang rajin la kawan aku nie.Namanya WanNuR Nadia.Aku gurau ter.sory.Namanya aku tak habaq mai la kat sini.Memang kawanku ni rajin la p jumpa lecturer.Dia punya research dah kehadapan lagi berbanding budak-budak lain yang masih merangkak-rangkak lagi terutama aku la.Oh man.malasnya kau.Kenapa aku jadi mcam ni.Aku rindu diri aku yang sem1 dan sem2.Buat kerja ontime.Malam-malam study.Tak kisah orang nak cakap apa an,yang penting kita puas hati dengan apa yang kita lakukan.Kalau banyak membaca,kita akan lebih berfikiran terbuka u know.Tak de lah kita melihat masalah ni macam sesuatu yang besar.Kita kena lihat masalah tu sebagai peluang untuk memantapkan diri kita.

Oh man,aku dah kekeringan idea untuk menaip ni.Ok la.semoga entry ni bermanfaat untuk readers semua yew.Aku bukannlah pakar motivasi,tapi itu bukannlah satu masalah untuk aku tidak bermotivasi ..kan? (betul ke ayat aku ni,lantaklah janji korang bahagia,aku pun bahagia.hewhewhew)

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berubah"

"sebesar mana pun masalah,jangan pernah kamu mengalah"
(best quotes from me)


 


Monday 9 April 2012

my first students


Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan hidup di muka bumi ini.Ya Allah ,aku hambaMu yang lemah.Bimbinglah aku ke jalan yang benar.Ringankan badanku ini untuk menunaikan kewajipanMu.Amin. :)

Hehehe..sebenarnya,saya baru saja habis mengajar kat sekolah tadi.Aik?dah praktikal ker?mesti teman2 konfius kan.Sebenarnya tak praktikal lagi.Saya baru sahaja menyelesaikan satu tugasan yang diberikan oleh Dr Nor'ain untuk sesi makropengajaran di sekolah iaitu SMK CHERANG RUKU.Memang berdebar tahap cipan ni u ollss.Nak bagi kertas edaran kat students pun dah terketar-ketar.Tapi,lama-lama dah ok.heheh.Oh Man,baru aku sedar sememangnya tanggungjawab menjadi seorang guru adalah sangat22222 berat.Bukan senang u ollss tahu tak.Semalam i tidur pukul 3 u ollss.Bimbang memikirkan sama ada mereka faham apa yang aku ajar.Kalau murid x faham,aku tak salahkan students sebab diorang memang kelas pandai.Itu bermakna teknik pengajaran aku yang tidak berkesan.

Keseluruhannya,aku berpuas hati kerana dapat menyelesaikan makropengajaran dengan jayanya tanpa sebarang gangguan.Namun,adalah yang aku tak puas hati terutama cara kau menyampaikan ilmu kepada pelajar yakni aku memegang nota semasa sesi P&P.Sebaik-baiknya penyelesaian dan jalan kira semua dah ada dalam kepala otak aku ni.

Dari segi kerjasama pelajar,memang aku puji pelajar kelas aku.Semasa aku menulis di papan putih (tulisan senget u ollss),mereka tidak membuat bising.oh man.terharu aku.Bila saya tanya respon diorang,mereka memberi respon yang baik gitu.Kelas ni ada 3 orang lelaki jew.Aku ingat nama diorang yakni Daniel,Sya'aban dan Epul.Diorang agak nakal tapi walapupun sedikit nakal,tapi baik u olls.

Lalu aku flashback diriku ini,mampukah aku menjadi guru yang baik.Guru yang cemerlang?Macam mana aku nak menghadapi pelajar yang kelas hujung-hujung.Pelajar kelas hujung diorang bukakannya tidak pandai,tapi diorang tak minat belajar.Tapi kalau kokurikulum memang i sebagai seorang guru respect u olllss.Tu la,setiap manusia ALLAH ciptakan tidak semuanya sempurna.Aku berdoa agar aku dapat mendekati golongan kelas hujung ini dengan berhemah.Bukan calang-calang guru yang boleh meghadapi situasi sebegini.Sebagai seorang guru baru,memang kalau boleh aku tak nak mengajar kelas hujung.Tapi,guru tidak boleh pilih pelajar kan?Guru seharusnya mempunyai kemahiran untuk mendekati pelajar kerana setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza.

Oh man,bila pelajar menghargai apa yang aku ajar tadi,aku rasa macam sangat bahagia dan terdetik di hati,"seronok juga jadi insan bergelar guru".Memandankan profesion ini merupakan pilihanku,jadi aku mesti teruskan dengan penuh amanah.Jangan sesekali menoleh ke belakang.

notakaki:entry seterunya ialah i nak story about kebaikan guru di sekolah ni yup.tunggu taw....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...