Pages

Followers

Friday 28 September 2012

Angan - angan yang tak boleh blah...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Sabtu semua. Marilah kita sama - sama memanfaatkan hujung minggu ini dengan sebaiknya agar bila tiba hari Isnin nanti, beribu sesalan tidak akan muncul di hati kita. (Macam aku la, menyesal tak buat RPH & ABM, baru kelam kabut masa hari Isnin).

Well, well, well..
Tadi aku ada stalk fb kawan aku yang tengah study kat oversea. Macam fun jer kan study kat oversea kan? Macam Nadiah tengah study kat Russia sekarang. In my opinion, bukan senang bro nak study kat oversea. Tambah - tambah kalau musim sejuk, nak bangun tidur pagi - pagi bukannya senang. Dahla sejuk, tak sanggup aku nak tinggalkan selimut yang dapat memberikan haba kepada badanku. Aku pulak nie jenis mudah dapat homesick. Ada prob sikit jer homesick. Sikit2 homesick. Daripada zaman MRSM hingga ke peringkat U nie, homesick tetap ada. Tapi  normal la tu kan?

Namun, angan - angan mat jeninku untuk menjejakkan kaki ke oversea yang ada musim sejuk sentiasa ada. Ye la. Sapa yang tak teringin nak melancong kat oversea walaupun kat negara sendiri pun banyak lagi tempat yang tidak dilawati. Cuti - cuti Malaysia.

Drama..
Masa aku zaman matrik dulu-dulu kan, aku pernah berangan, aku tak nak pergi oversea untuk study, sebab aku rasa aku tak boleh survive bila dok kat sana. Tapi sekarang tak da lah. Aku dah matang. Orang cakap ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita pula manusia hidup di bumi Allah. Walau pun dok kt oversea jauh dari family, namun, Allah kan ada. Selangkah kita kepada ALLAH, seribu langkah Allah kepada kita.

Namun, angan - angan aku yang memang tak boleh blah ialah :

Aku berangan nak kahwin dengan seorang lelaki (tak kan dengan pompuan kot) yang belajar kat oversea like London, Korea or Germany (demand nampak). And then dia ditugaskan untuk bekerja kat oversea. Bila aku kahwin dengan dia, mesti aku secara langsung akan tinggal dan menetap kat oversea jugak kan. Muehehe. Bijak tak angan - angan aku nie walaupun tak produktif.
Pstu nanti nak dekat raya, tak boleh balik sebab suami kerja. Snap gambar kat oversea kemudian hantar gambar kat Utusan untuk Salam perantauan. Setiap tahun, aku nak suruh Umi, adik-adik dan famili aku fly tempat aku. Bila dia sampai sini, aku boleh bawak dia jalan - jalan kat bumi asing nie. Mesti diorang suka kan.

Boleh kah angan-angan akan jadi kenyataan? InsyaAllah. Allah know the best for us. Right? Sebenarnya, angan - angan ni masa aku matriks la. Sekarang tidak lagi. Sesetengah kawan aku cakap tak sabar nak kahwin. I'm like what? In my opinion, nak kahwin nie kena benar2 ready tau. Fizikal n mental. Dua2 kena tough. Sejujurnya, aku dalam hati ni memang tak bersedia nak berkahwin buat masa sekarang. Sebab tak cukup matang lagi. Jiwa kanak-kanak riang tak hilang lagi dan memang tak akan hilang kot. Namun, aku tak nak kahwin lambat-lambat. Target umur 25 tahun la. 

Bila aku kerja nanti, perkara perkara yang aku nak buat ialah aku nak kumpul duit manyak2, aku nak nak pergi haji dengan umi, adik2 n juga mak saudara aku yang tak pergi haji lagi macam Mok Long dan Mok Joh. Umi aku selalu bilang 'Siapa bilang gadis melayu tak menawan'  Umi nak g Mekah. Tapi lambat lagi la. Nak tunggu anak besar dulu. Nak tunggu duit cukup dulu. Aku harap aku dapat menyumbangkan dana untuk Umi aku yang tercinta.


Thursday 27 September 2012

Salam Jumaat

WAYS TO EARN REWARD EVEN AFTER DEATH...


1) Participate in building a Masjid. Muslims Pray, you earn. 
2) Donate a wheelchair to a hospital. Patients use, you earn. 
3) Give a copy of Qur'an to someone. People read, you earn. 
4) Place water cooler in a public place. People drink, you earn. 
5) Plant a tree. People & animals use for food or shade, you earn. 

Wednesday 26 September 2012

because....

Assalamualaikum..

Saya berblogging kerana 

Saya seorang yang pendiam. 

Untuk menzahirkan perasaan saya, so saya akan menaip blog. Well. Saya bukanlah seorang yang pendiam sangat. Namun, setiap kali saya ingin bercakap, mesti ada orang yang pintas cakap saya. Paling sadis la, (tak de lah sadis sangat), saya kemain dengar someone bercerita, yer la, walaupun cerita tak der lah menarik sangat. Namun, disebabkan saya tak nak dia terasa hati, saya khusyuk mendengarnya. Tapi bila saya nak story mory pasal pengalaman saya, dia buat tak dengar jer. Sedih tak? Tipu la pulak kalau saya cakap saya happy. Mueheheh. Tapi hidup nie kena sentiasa happy n ceria. Walau pun tak ada orang nak layan kita, kta kena happy. Thats y la saya suka berangan. Mueehhehe. Then, saya suka bercakap dengan kucing. Meow. Sometimes, kucing adalah teman yang setia. Bila kita bermonolong dengan kucing, kucing akan mengiau (meow meow). Seakan - akan dia nak pujuk kita jgn bersedih. Waa. Rindu kat shabubu.
shabubu dan shamemei

Sometimes, saya tertanya2, kenapa orang yang tak berapa rapat dengan saya macam seolah - olah tak berminat nak mendengar saya bercerita. Hmm. I guess saya ini seorang yang memboringkan. So, sekali lagi saya berangan, kalau saya cantik macam Neelofa, mesti ramai nak dengar citer saya kan walaupun cerita tersebut hanyalah cerita aku bangun lambat dan bla bla bla. Mueheheh..

Alhamdulillah kerana saya dikurniakan bf - bf yang memahami. Every saya bercerita, mereka akan dengar. Waa. rindu kat Fikah. Za dah ada depan mata. Hari2 dok gelakkan dia. Muehehehe. 

fEELING sad n angry? For sure la tidak u olls. kerana banyak lagi sebab untuk i hidup bergembira. (cakap macam nada abg sally dalam Upin dan Ipin.)


i. want. this.

Ada banyak cara untuk mendapatkan bendalah ini.
1) Cabutan bertuah.
2) Menang peraduan.
3) Curik
4) Kerja pas praktikal, kumpul duit dan p beli.

p/s ; cara nombor 3 tak boleh u olls, haram, berdosa taw. Matlamat tak menghalalkan cara.

Taeyeonnie

Aku peminat Tae Yeon ...
Saya Wan Nur Nadia. Cun tak saya. (Sila muntah sekarang)

Aku selalu membayangkan kalau muka aku macam Tae Yeon, mesti aku seorang yang peramah dan banyak cakap kan? Ye lah, sebab ada kelebihan rupa kan. Mueheheh. Kenyataan ini bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada taw. For sure aku bersyukur dengan nikmat ALLAH kerana dikurniakan wajah yang sempurna, tidak cacat dan manusia adalah sebaik - baik kejadian. Syukran Ya ALLAH.

Hensem Mikhael lagi. Mokya rindu.
Namun, aku manusia biasa. Tak terlepas dari suka berangan. Berangan adalah hobi sampingan aku di samping menonton tv. (See, sungguh tidak produktif langsung hobi aku). Kadang - kadang, aku berangan muka aku hensem macam Si Won. Muka cun macam Kristen Stewart atau pun Katrina Kaif. Muehehe. Kalu muka macam Kristen Stewart, mesti Robert Pattinson dah minat kat guek.

nAMUN, apa lah sangat kalau muka cantek, namun perangai ya ampun, macam tali barut Basyar atau pun Basyar sendiri lah. Lebih jahat dari abang tan u olls.

Teringat kata - kata Matluthfi,
Plastik, sampah paling banyak atas muka bumi ini.

Sunday 3 June 2012

Saya study untuk apa sebenarnya?


Esok tanggal 4 Jun 2012, peperiksaan akhir semester sesi 2 2011/2012 akan bermula. Good Luck bagi sesiapa yang akan menduduki peperiksaan esok. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan anda - anda yang comel semua yerp.

Buat anda2 semua.. =)


Hamba punya exam terjatuh pada tarikh 8 Jun , 12 Jun dan 15 Jun. First check tarikh exam, tak boleh terima hakikat sebab habis exam lambat. Budak2 lain 6 haribulan dah habis wooo.. tapi lama2, not bad lah habis exam lambat. ada hikmah di sebalik semua nie. Dari awal sem lagi berdoa agar exam habis awal, boleh balik cuti lama sikit sebelum p prktikal. Tapi tup tup habis lambat jugak an. So, hamba hanya mempositifkan diri dan say to my heart 'ALLAH nak bagi yang lebih indah lagi dari habis exam awal'....Sayangnya ALLAH kat kitew semua kan... =)

So,
memandangkan exam lambat lagi nak mula, hamba jadi playful gurlz pulak. Sudah 2 malam dah melarakan diri dengan main2 jerp. Malam ni dah bukak notes, tapi satu slide baru habis. Ommaaii. Kalau mcm ni , nggak boleh dibiarin. Hamba nie memang tiada bakat dalam study last minit. Kalau study last minit, hamba punya result pun dapat last2 jugak la. (tapi x semua la)


Semester nie, kebimbangan ambo terhadap PNGK memuncak sgt. WHY? Kerana carrymark espeseli carrymark jahit ciput jer dapat (tapi x bermakna ambo tak redha dengan pemberian ALLAH). ALHAMDULILLAH.
 Dah tue kawan2 yang dah amik jahit cakap exam jahit susah wooo...Lagi la ambo bimbe (terkuor bahasa budu lak ). So, tension nak baca apa.

Then, 
Hati kecil aku bermonolog sendirian (aku study utk apa sebenarnya)? Adakah semata - mata nak pointer tinggi. Kalau semata2 untuk pointer tinggi, tension wooo...sbb study byk2 belum tentu pointer tinggi.

After that,
Aku sedar bahawa sampai bila aku nak berpikiran mcm nie? Sampai bila?
I have to change my mind (grammar terabur pun , i nak speaking jugak)..Ubah mindset iaitu study kerana ALLAH. Bila study kerana ALLAH, gerenti tak de dah tension2 nie. Pastu, ALLAH ni punya syg kat kitew semua taw. Bila kiter betulkan niat kitew, ALLAH bagi la apa yang kita minta yakni pointer yang tinggi. Tapi, jgn sesekali sedih kalau apa yg kita mahu tapi kitew tak dapat kerana ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih gempak/bagus lagi dari pointer. Pointer ni hanya dunia jer taw.
Tapi, yang lebih penting ALLAH tak nilai pointer kitew taw. Tapi, ALLAH nilai usaha kiter. Kitew usaha macam mana caranya. Sama ada cara yang diredhai olehNya atau pun tidak.


So, walau apa pun org cakap mengenai exam jahit, i will try my best to study jahit. Belum cuba, belum taw. Bila cuba, baru tahu. Cuba taw, jgn tak cuba. Daripada masuk dewan exam dengan ilmu tadak ( tiada), baik masuk exam dgn ilmu penuh di dada walaupun kita tatau (x tahu) sama ada apa yang kita baca masuk ke tak kang? Kita kena berusaha. Tak boleh putus asa kerana putus asa tiada dalam kamus hidup seorang Muslim.



Sesesungguhnya kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan.
Muslim yang berjaya ialah dapat muslim yang dapat mengecapi nikmat SYURGA...
see..kanak2 pun tak putus asa..kita yang dewasa pun tak boleh putus asa juga taw..nati malu kat kiddo..hehhehe..

p/s ; oh..dah pukul 1pagi..nk sambung study atau nak p tidow...rupanya dah 1 jam berehat selepas 30  minit study...see...waktu rehat lebih pnjg dari waktu study......


t.h.i.n.k b.e.f.o.r.e. y.o.u  a.c.t

Saturday 2 June 2012

Entry yang tak berapa nak W.O.R.D.L.E.S.S actually


-F.A.M.I.L.Y-


Terima Kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan keluarga yang bahagia kepada hambaMu ini.
Peliharalah keluargaku di bawah rahmat Mu YA ALLAH..

Wea <3 Umi <3 Ya <3 Qaif <3 Yin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...