Pages

Followers

Friday 28 September 2012

Angan - angan yang tak boleh blah...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Sabtu semua. Marilah kita sama - sama memanfaatkan hujung minggu ini dengan sebaiknya agar bila tiba hari Isnin nanti, beribu sesalan tidak akan muncul di hati kita. (Macam aku la, menyesal tak buat RPH & ABM, baru kelam kabut masa hari Isnin).

Well, well, well..
Tadi aku ada stalk fb kawan aku yang tengah study kat oversea. Macam fun jer kan study kat oversea kan? Macam Nadiah tengah study kat Russia sekarang. In my opinion, bukan senang bro nak study kat oversea. Tambah - tambah kalau musim sejuk, nak bangun tidur pagi - pagi bukannya senang. Dahla sejuk, tak sanggup aku nak tinggalkan selimut yang dapat memberikan haba kepada badanku. Aku pulak nie jenis mudah dapat homesick. Ada prob sikit jer homesick. Sikit2 homesick. Daripada zaman MRSM hingga ke peringkat U nie, homesick tetap ada. Tapi  normal la tu kan?

Namun, angan - angan mat jeninku untuk menjejakkan kaki ke oversea yang ada musim sejuk sentiasa ada. Ye la. Sapa yang tak teringin nak melancong kat oversea walaupun kat negara sendiri pun banyak lagi tempat yang tidak dilawati. Cuti - cuti Malaysia.

Drama..
Masa aku zaman matrik dulu-dulu kan, aku pernah berangan, aku tak nak pergi oversea untuk study, sebab aku rasa aku tak boleh survive bila dok kat sana. Tapi sekarang tak da lah. Aku dah matang. Orang cakap ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita pula manusia hidup di bumi Allah. Walau pun dok kt oversea jauh dari family, namun, Allah kan ada. Selangkah kita kepada ALLAH, seribu langkah Allah kepada kita.

Namun, angan - angan aku yang memang tak boleh blah ialah :

Aku berangan nak kahwin dengan seorang lelaki (tak kan dengan pompuan kot) yang belajar kat oversea like London, Korea or Germany (demand nampak). And then dia ditugaskan untuk bekerja kat oversea. Bila aku kahwin dengan dia, mesti aku secara langsung akan tinggal dan menetap kat oversea jugak kan. Muehehe. Bijak tak angan - angan aku nie walaupun tak produktif.
Pstu nanti nak dekat raya, tak boleh balik sebab suami kerja. Snap gambar kat oversea kemudian hantar gambar kat Utusan untuk Salam perantauan. Setiap tahun, aku nak suruh Umi, adik-adik dan famili aku fly tempat aku. Bila dia sampai sini, aku boleh bawak dia jalan - jalan kat bumi asing nie. Mesti diorang suka kan.

Boleh kah angan-angan akan jadi kenyataan? InsyaAllah. Allah know the best for us. Right? Sebenarnya, angan - angan ni masa aku matriks la. Sekarang tidak lagi. Sesetengah kawan aku cakap tak sabar nak kahwin. I'm like what? In my opinion, nak kahwin nie kena benar2 ready tau. Fizikal n mental. Dua2 kena tough. Sejujurnya, aku dalam hati ni memang tak bersedia nak berkahwin buat masa sekarang. Sebab tak cukup matang lagi. Jiwa kanak-kanak riang tak hilang lagi dan memang tak akan hilang kot. Namun, aku tak nak kahwin lambat-lambat. Target umur 25 tahun la. 

Bila aku kerja nanti, perkara perkara yang aku nak buat ialah aku nak kumpul duit manyak2, aku nak nak pergi haji dengan umi, adik2 n juga mak saudara aku yang tak pergi haji lagi macam Mok Long dan Mok Joh. Umi aku selalu bilang 'Siapa bilang gadis melayu tak menawan'  Umi nak g Mekah. Tapi lambat lagi la. Nak tunggu anak besar dulu. Nak tunggu duit cukup dulu. Aku harap aku dapat menyumbangkan dana untuk Umi aku yang tercinta.


Thursday 27 September 2012

Salam Jumaat

WAYS TO EARN REWARD EVEN AFTER DEATH...


1) Participate in building a Masjid. Muslims Pray, you earn. 
2) Donate a wheelchair to a hospital. Patients use, you earn. 
3) Give a copy of Qur'an to someone. People read, you earn. 
4) Place water cooler in a public place. People drink, you earn. 
5) Plant a tree. People & animals use for food or shade, you earn. 

Wednesday 26 September 2012

because....

Assalamualaikum..

Saya berblogging kerana 

Saya seorang yang pendiam. 

Untuk menzahirkan perasaan saya, so saya akan menaip blog. Well. Saya bukanlah seorang yang pendiam sangat. Namun, setiap kali saya ingin bercakap, mesti ada orang yang pintas cakap saya. Paling sadis la, (tak de lah sadis sangat), saya kemain dengar someone bercerita, yer la, walaupun cerita tak der lah menarik sangat. Namun, disebabkan saya tak nak dia terasa hati, saya khusyuk mendengarnya. Tapi bila saya nak story mory pasal pengalaman saya, dia buat tak dengar jer. Sedih tak? Tipu la pulak kalau saya cakap saya happy. Mueheheh. Tapi hidup nie kena sentiasa happy n ceria. Walau pun tak ada orang nak layan kita, kta kena happy. Thats y la saya suka berangan. Mueehhehe. Then, saya suka bercakap dengan kucing. Meow. Sometimes, kucing adalah teman yang setia. Bila kita bermonolong dengan kucing, kucing akan mengiau (meow meow). Seakan - akan dia nak pujuk kita jgn bersedih. Waa. Rindu kat shabubu.
shabubu dan shamemei

Sometimes, saya tertanya2, kenapa orang yang tak berapa rapat dengan saya macam seolah - olah tak berminat nak mendengar saya bercerita. Hmm. I guess saya ini seorang yang memboringkan. So, sekali lagi saya berangan, kalau saya cantik macam Neelofa, mesti ramai nak dengar citer saya kan walaupun cerita tersebut hanyalah cerita aku bangun lambat dan bla bla bla. Mueheheh..

Alhamdulillah kerana saya dikurniakan bf - bf yang memahami. Every saya bercerita, mereka akan dengar. Waa. rindu kat Fikah. Za dah ada depan mata. Hari2 dok gelakkan dia. Muehehehe. 

fEELING sad n angry? For sure la tidak u olls. kerana banyak lagi sebab untuk i hidup bergembira. (cakap macam nada abg sally dalam Upin dan Ipin.)


i. want. this.

Ada banyak cara untuk mendapatkan bendalah ini.
1) Cabutan bertuah.
2) Menang peraduan.
3) Curik
4) Kerja pas praktikal, kumpul duit dan p beli.

p/s ; cara nombor 3 tak boleh u olls, haram, berdosa taw. Matlamat tak menghalalkan cara.

Taeyeonnie

Aku peminat Tae Yeon ...
Saya Wan Nur Nadia. Cun tak saya. (Sila muntah sekarang)

Aku selalu membayangkan kalau muka aku macam Tae Yeon, mesti aku seorang yang peramah dan banyak cakap kan? Ye lah, sebab ada kelebihan rupa kan. Mueheheh. Kenyataan ini bukan bermakna aku tidak bersyukur dengan apa yang aku ada taw. For sure aku bersyukur dengan nikmat ALLAH kerana dikurniakan wajah yang sempurna, tidak cacat dan manusia adalah sebaik - baik kejadian. Syukran Ya ALLAH.

Hensem Mikhael lagi. Mokya rindu.
Namun, aku manusia biasa. Tak terlepas dari suka berangan. Berangan adalah hobi sampingan aku di samping menonton tv. (See, sungguh tidak produktif langsung hobi aku). Kadang - kadang, aku berangan muka aku hensem macam Si Won. Muka cun macam Kristen Stewart atau pun Katrina Kaif. Muehehe. Kalu muka macam Kristen Stewart, mesti Robert Pattinson dah minat kat guek.

nAMUN, apa lah sangat kalau muka cantek, namun perangai ya ampun, macam tali barut Basyar atau pun Basyar sendiri lah. Lebih jahat dari abang tan u olls.

Teringat kata - kata Matluthfi,
Plastik, sampah paling banyak atas muka bumi ini.

Sunday 3 June 2012

Saya study untuk apa sebenarnya?


Esok tanggal 4 Jun 2012, peperiksaan akhir semester sesi 2 2011/2012 akan bermula. Good Luck bagi sesiapa yang akan menduduki peperiksaan esok. Semoga ALLAH mempermudahkan urusan anda - anda yang comel semua yerp.

Buat anda2 semua.. =)


Hamba punya exam terjatuh pada tarikh 8 Jun , 12 Jun dan 15 Jun. First check tarikh exam, tak boleh terima hakikat sebab habis exam lambat. Budak2 lain 6 haribulan dah habis wooo.. tapi lama2, not bad lah habis exam lambat. ada hikmah di sebalik semua nie. Dari awal sem lagi berdoa agar exam habis awal, boleh balik cuti lama sikit sebelum p prktikal. Tapi tup tup habis lambat jugak an. So, hamba hanya mempositifkan diri dan say to my heart 'ALLAH nak bagi yang lebih indah lagi dari habis exam awal'....Sayangnya ALLAH kat kitew semua kan... =)

So,
memandangkan exam lambat lagi nak mula, hamba jadi playful gurlz pulak. Sudah 2 malam dah melarakan diri dengan main2 jerp. Malam ni dah bukak notes, tapi satu slide baru habis. Ommaaii. Kalau mcm ni , nggak boleh dibiarin. Hamba nie memang tiada bakat dalam study last minit. Kalau study last minit, hamba punya result pun dapat last2 jugak la. (tapi x semua la)


Semester nie, kebimbangan ambo terhadap PNGK memuncak sgt. WHY? Kerana carrymark espeseli carrymark jahit ciput jer dapat (tapi x bermakna ambo tak redha dengan pemberian ALLAH). ALHAMDULILLAH.
 Dah tue kawan2 yang dah amik jahit cakap exam jahit susah wooo...Lagi la ambo bimbe (terkuor bahasa budu lak ). So, tension nak baca apa.

Then, 
Hati kecil aku bermonolog sendirian (aku study utk apa sebenarnya)? Adakah semata - mata nak pointer tinggi. Kalau semata2 untuk pointer tinggi, tension wooo...sbb study byk2 belum tentu pointer tinggi.

After that,
Aku sedar bahawa sampai bila aku nak berpikiran mcm nie? Sampai bila?
I have to change my mind (grammar terabur pun , i nak speaking jugak)..Ubah mindset iaitu study kerana ALLAH. Bila study kerana ALLAH, gerenti tak de dah tension2 nie. Pastu, ALLAH ni punya syg kat kitew semua taw. Bila kiter betulkan niat kitew, ALLAH bagi la apa yang kita minta yakni pointer yang tinggi. Tapi, jgn sesekali sedih kalau apa yg kita mahu tapi kitew tak dapat kerana ALLAH nak bagi sesuatu yang lebih gempak/bagus lagi dari pointer. Pointer ni hanya dunia jer taw.
Tapi, yang lebih penting ALLAH tak nilai pointer kitew taw. Tapi, ALLAH nilai usaha kiter. Kitew usaha macam mana caranya. Sama ada cara yang diredhai olehNya atau pun tidak.


So, walau apa pun org cakap mengenai exam jahit, i will try my best to study jahit. Belum cuba, belum taw. Bila cuba, baru tahu. Cuba taw, jgn tak cuba. Daripada masuk dewan exam dengan ilmu tadak ( tiada), baik masuk exam dgn ilmu penuh di dada walaupun kita tatau (x tahu) sama ada apa yang kita baca masuk ke tak kang? Kita kena berusaha. Tak boleh putus asa kerana putus asa tiada dalam kamus hidup seorang Muslim.



Sesesungguhnya kita hanya merancang, ALLAH yang menentukan.
Muslim yang berjaya ialah dapat muslim yang dapat mengecapi nikmat SYURGA...
see..kanak2 pun tak putus asa..kita yang dewasa pun tak boleh putus asa juga taw..nati malu kat kiddo..hehhehe..

p/s ; oh..dah pukul 1pagi..nk sambung study atau nak p tidow...rupanya dah 1 jam berehat selepas 30  minit study...see...waktu rehat lebih pnjg dari waktu study......


t.h.i.n.k b.e.f.o.r.e. y.o.u  a.c.t

Saturday 2 June 2012

Entry yang tak berapa nak W.O.R.D.L.E.S.S actually


-F.A.M.I.L.Y-


Terima Kasih Ya ALLAH kerana mengurniakan keluarga yang bahagia kepada hambaMu ini.
Peliharalah keluargaku di bawah rahmat Mu YA ALLAH..

Wea <3 Umi <3 Ya <3 Qaif <3 Yin

Friday 1 June 2012

Reunion a.k.a bertemu kembali


Musim cuti bebudak U bakal menjelang tiba. Kalau bebudak Ijazah kt UPSI, tinggal baki 2 minggu lagi, kalau yg first week dah habis exam, tinggal 1 minggu lagi (untung weh hbs exam awal)..Tapi untuk student diploma, mereka dah nak start new sem nie..jgn jeles taw.. =)



Actually, 
Kebiasaannya kalau cuti semester nie, hamba dan kawan - kawan hamba nie akan mengadakan reunion yang bertempat di KB Mall. Untuk pengetahuan adik - adik , kakak - kakak dan abang - abang yang comel sekalian, KB Mall nie merupakan tempat common bagi remaja - remaja sebaya dengan hamba untuk berkumpul dengan kawan - kawan yang lama terpisah. KB Mall nie dikira strategik la sebab semua jenis kedai ada kat dalam tue. Food court, tempat soping dan macam - macam lagi la. Tapi, kalau bagi anda - anda semua yang sudah biasa pergi BTS, Midvalley dan seangkatan dengannya, KB Mall ini hanya biasa2 sahaja bagi anda. kecik jer, hanya manusia jakun seperti hamba jer akan sesat. (teringat kenangan tak jumpa carik  pintu keluar semasa pergi Midvalley ) 

Rindu kat Kelantan. Kenapa x boleh praktikal kat Kelantan?

BTW, kali nie bukan nak cito pasal shopping complex yang TOP di Mesia. Tapi, hamba nak citer pasal REUNION. Bukan juga nak citer pasal maksud REUNION mengikut Kamus Dewan Edisi Ke4, tapi nak cerita pasal nanti cuti semester nie, hamba tak boleh pergi REUNION sebab hamba akan berpraktikal.

Reunion dengan kawan2 MRSM Kuala Krai memang best. Padahal aktiviti masa reunion tu biasa2 sajer. Makan kat food court, pastu jalan2. Masuk waktu Zohor, then pergi Solat. Nak dekat Asar, pulang ke rumah. Biasa saja. Tapi, yang menjadikan reunion itu bermakna bagi hamba ialah individu - individu yang menghadiri reunion tersebut. Mereka ialah kawan - kawan yang sanggup bersusah payah demi saya semasa di MRSM dulu.  Selama 2-5 tahun kami bersama. 2 - 5 tahun tu bukan tempoh masa yang pendek tau. Banyak suka - duka yang telah kami lalui bersama. 


special to my beloved friends

Jadi, bila ada reunion, hamba sanggup menaiki bas dari Pasir Puteh ke Kota Bharu yang mengambil masa 40 minit dan menghabiskan sebanyak RM 6.50. Kerana apa? Kerana nak berjumpa dengan kawan2 sekalian.....


                                                               :
                                                               :
pic of us .
.
.
.
.
.
.
.

walaupun kami dilarang mengambil gambar disini, tapi kami pershaitonkan semua itu.
Jahat tak?

.
.
.
.
.
.
.


eating2 at food court

                                                               
So, sekiranya kawan2 mengadakan reunion, hamba dah tak boleh join untuk sesi kali nie.Sedih? tak sedih pun kerana hamba ada misi yang perlu diselesaikan iaitu praktikal. Misi hamba ini sangat penting iaitu ingin mendidik anak - anak bangsa.


So, selamat bereunion kawan2 sekalian yerpppp.....


~~Marilah kita bersahabat keran ALLAH~~


notakaki~~PRAKTIKAL in mood~~


semua gambar2 reunion dicurik dari FB Hafizah Tamagi .....

(^_^)





because of

B.U.T


so i wanna 


but DONT FORGET to pray for THEM

 .
.
.
.


because WE ARE




~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~





Syria.......

SYRIA
adakah saudara - saudari sekalian tahu mengenai peristiwa yang berlaku di Syria? Kalau sudah tahu, bagus, dan bagi yang tidak tahu, masih belum terlambat untuk mengetahuinya.
Pertama sekali, kalau tengok dalam berita tak kisahlah berita tv mana pun, memang tidak menceritakan dengan lebih mendalam mengenai peristiwa berdarah di SYRIA. Jujurnya kali pertama hamba tengok berita, hamba fikir, apa sebenarnya yang berlaku di Syria ek. Maklumlah masa tue cuti, nak on9 pun x boleh sbb BB habis limit. So, hamba just fikir hanya tentera Amerika gi ronda - ronda Syria mcm Amerika Laknatullah hntr tentera kat Afghanistan. 

Then,
Rupa - rupanya, keadaan di Syria sekarang lebih teruk daripada Palestin. Tahukah anda saudara seislam dan seakidah dengan kita DISEMBELIH hidup2 oleh tentera Basyar LAKNATULLAH. Tanpa mengira kanak2, wanita, perempuan dan warga tua. Tentera Basyar LAKNATULLAH langsung tidak mempunyai hati dan perasaan. Pada pandangan hamba, mereka lebih suck dari binatang. Tak percaya..ini buktinya..







Aku sedih Ya ALLAH melihat nasib mereka. 
Hamba di sini busy dengan assignment. Sehingga hamba lupa dengan penderitaan mereka. EURO 2012 pula bakal menjelma. Jadikanlah hamba seorang yang cakna mengenai Syria berbanding dengan EURO 2012.


SUBHANALLAH...
tidak cukup dengan itu, Tentera Basyar LAKNATULLAH ini juga menyeksa saudara seislam kita sebelum dibunuh....
Baru2 ini, seramai 114 penduduk Haulah dibunuh secara kejam. Namun, kalau tengok berita dalam TV, memang tidak diceritakan dengan detail pun... Nama jer berita utama bagai ....kanak - kanak pula disembelih dan tangan mereka pula diikat....

KERAJAAN SYRIA PULA MEMALSUKAN PERISTIWA DI HAULAH DENGAN MENUDUH KUMPULAN BERSENJATA MELAKUKANNYA.. :(

Kami dihujani pelbagai pertanyaan berkenaan kesahihan peristiwa 

penyembelihan Haulah. Memandangkan tentera rejim Basyar tidak mengakui 

bahawa peristiwa Haulah tersebut adalah angkara mereka dan disiarkan di 

dalam kebanyakan akhbar dunia.

Kepada yang masih meragui berkenaan pembunuhan dan penyembelihan yang 

berlaku di Haulah, kami bawakan video ini, nah lihatlah video ini.


Dalam video ini, anak kecil yang berusia 11 tahun bernama Ali Al-Sayed 

menceritakan bagaimana peristiwa Haulah berlaku. Anak kecil ini juga melihat 

dengan matanya sendiri abang dan bapanya ditangkap, manakala ibu dan adik 

beradiknya semuanya dibunuh.

Anak kecil ini terselamat apabila dia ditimbun bersama mayat-mayat ahli 

keluarganya dan tentera rejim menyangka bahawa beliau telah mati. Selepas 

tentera pulang, beliau melarikan diri dengan berkaki ayam menuju ke rumah 

bapa saudaranya.
Paling menyedihkan, keesokan harinya, Ali Al-Sayed menonton stesyen TV Ad-

dounia (saluran kerajaan) bahawa bapa saudaranya juga telah dibunuh. Bapa 

saudaranya telah dipaksa untuk mengaku dihadapan televisyen bahawa 

kumpulan bersenjata yang membunuh dan menyembelih masyarakat Haulah 

bukannya tentera rejim Basyar.

                                               ALI ALSAYED.
kanak-kanak yang berumur 11 tahun yang terselamat dan menjadi saksi kekejaman
tentera Basyar. 
YA ALLAH..tumbangkanlah Pimpinan Basyar. Hancurkan mereka YA ALLAH..
Tempatkanlah syahid syahidah yang dibunuh oleh tentera basyar laknatullah di syurgaMu ..

info : tahukan anda mangsa2 yang syahid di jalan ALLAH di Syria merupakan Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu sama seperti kita. Manakala Basyar pula merupakan  penganut Syiah. Syiah sememangnya memusuhi Ahli Sunnah Wal Jamaah..dalam ajaran Syiah, halal membunuh orang-orang sunni       (Ahli Sunnah Wal Jamaah) ... 

story about my little brother


Sedar tak sedar, hari ni merupakan hari terakhir pelajar UPSI berkuliah (walaupun hari ini hamba tiada kuliah) . Selepas itu, bagi pelajar2 lain, boleh lah bercuti dgn girangnya berbanding aku yang hanya ada 10 hari saja untuk bergoyang kaki di rumah sebelum i pergi berpraktikal. Bila kalian semua bertanya kepada hamba sama ada gumbira atau pun tidak untuk pergi berpraktikal, perasaan hamba bercampur baur. Macam ABC. Beza ABC dengan perasaan hamba ini hanyalah ABC tu boleh dimakan, manalaka perasaan hamba ini kalau nak dimakan pun tidak boleh. 

ABC ni boleh dimakan, Sodap lagi
Hah,


the main point i want to story mory in this awesome blog is about my little brother. yeah. He is a teenager now. 18 years old. Masa berlalu agak pantas kan. Di fikiran nie masih teringat lagi semasa dia berumur dalam 2 tahun, , adikku iaitu Qaif dimasukkan ke hospital selama 1 minggu kerana seluruh badannya terkena air kopi yang panas. Yeah. adikku masa kecik - kecik dulu buas. 3 kali terkena jahitan kerana terlalu leka bermain. Hamba dulu pun bukanlah kakak yang baik. Tak pandai nak jaga adik. Yeh, apalah yang nak diharapkan sangat pada seorang kakak yang berumur 8 tahun pada masa itu. 


Then,


 Bila umur adikku ini menjangkau 5 tahun, family aku dikejutkan dengan adikku yang sorang ni menghidap penyakit leukemia. Yeah..sapa tak terkejut. Masa tue hamba baru berumur 10 tahun. Disebabkan kanak-kanak mcm hamba nie kuat berimaginasi, aku selalu fikir adik aku ni dapat ke bertahan dengan lebih lama..Sedih sangat taw masa tue..itulah saat yang kedua paling sedih dalam hidup kitew nie taw...ALHAMDULILLAH, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, semuanya kehendak ALLAH..adik hamba nie dikesan menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jadi masih dapat diselamatkan...Ye lah, masa kecik2 dulu suka tengok drama melayu. Hamba pernah tengok drama tajuk apa entah, pelakon tue disahkan menghidap penyakit Leukemia..Si doktor tu pun cakap " Puan hanya ada masa 3 bulan lagi untuk hidup "..Maybe disebabkan pengaruh drama laaa hamba fikir bukan - bukan..see...betapa kuatnya pengaruh media dalam kehidupan kanak - kanak macam aku dulu2 ini...The right thing is ajal adalah ketentuan ALLAH..Walau seteruk mana penyakit yang menimpa, ingatlah penyakit merupakan kafarah dosa  sekiranya kita redha dengan ketentuan itu.


Now,
Tanggal 1 June 2012, dengan ini adikku dapat melanjutkan pengajiannya 
dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik bertempat di Politeknik Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. Sekali lagi aku mengucapkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana politeknik nie dekat jer dengan umah. Dalam 3o minit. Hamba sangat bimbang sekiranya dia ditempatkan di negeri - negeri lain. Bimbang kerana pada kaca mata hamba, dia masih budak hingusan. Tambahan pula adik hamba nie ditawarkan Diploma Kejuruteraan Elektrik, jadi ini membuatkan hamba lebih gembira. 






So, sebagai kakak yang prihatin akan masa depan adiknya, hamba mendoakan agar adik hamba ini menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. Belajarlah bersungguh2, jangan main - main lagi. You are the big boy right now..(cuti lepas SPM kan dah lama, x puas lagi ke main)
...dan yang paling penting lagi, please, janganlah bergaul dengan rakan - rakan yang kuat bersosial..please..bergaul lah dengan rakan - rakan yang jernih akhlaknya..okayhh.. 


walaupun dalam gambar nie beliau nampak poyo, di luar beliau biasa2 saja


p/s ; Wan Nur Nadia bukannlah kakak yang baik, tapi beliau tak mau melihat adiknya kecundang...

Wednesday 18 April 2012

PETUA TIDUR NABI SAW



SEORANG yang berusia 60 tahun akan menghabiskan masa lebih kurang 20 tahun untuk tidur. Sekiranya dia tidur mengikut sunnah Rasullullah saw, maka tidurnya akan jadi ibadah. Allah swt hanya akan menerima ibadah yang dilakukan dengan ikhlas. Tidur adalah ibadat yang paling ikhlas. Seseorang tidak perlu dipaksa atau terpaksa untuk tidur. Ganjaran Allah swt untuk orang yang mengamalkan sunnah sangat besar. Satu sunnah yang diamalkan berterusan akan diberi ganjaran 100 pahala mati syahid, sedangkan satu pahala mati syahid sudah cukup untuk menjamin seseorang untuk masuk syurga.

Di dalam tidur sendiri ada banyak sunnah. Sebaliknya, jika seseorang tidur cara selain dari cara Nabi saw, dia hanya akan dapat kerehatan. Kalau bernasib baik, selama 20 tahun mungkin dia dapat mengumpul 20 kilo tahi mata dan menakung 20 liter atau lebih air liur basi.


Antara Sunnah-sunnah Nabi saw sebelum, ketika dan selepas tidur.

1. Sebelum dan selepas tidur baca doa tidur. Ramai orang memperlekehkan doa Masnun(doa harian)tapi hakikatnya harga yang Allah swt janjikan adalah syurga.

2. Jangan tidur menghadap kaki arah Qiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.

3. Barangsiapa yang membaca Tasbih Fatimah, sekiranya dia mati malam 



itu,dia akan dikira sebagai mati syahid. Apa itu Tasbih Fatimah? Subhanallah 33 X, Alhamdulillah 33 X, Allahuakbar 34 X.

4. Baca 4 Qul tiup ke tapak tangan dan sapu keseluruh badan
untuk menghindarkan sihir dan niat jahat manusia.

5. Niat untuk bangun Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam.
Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.

6.Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.

7.Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang piutang sebelum tidur.Bangun tidur boleh buka fail semula kalau mahu.

8. Tidur cara Rasulullah saw dengan mengiring badan ke kanan dan tapak tangan di bawah pipi. Banyak lagi Sunnah Nabi saw yang boleh diamal, semuanya mudah untuk dilakukan. Lebih mudah daripada bersolek atau pakai night cream sebelum tidur.Lebih mudah daripada buat senaman ringan sebelum tidur.... 



by ~ Menerjah Badai






notakaki~~jom amalkan sunnah 

Perkongsian ^________________^

SEDIKIT PERKONGSIAN

^______________________^


^________________________________^

Lets change



Masa tengah view post kat wall FB,tiba-tiba saya tertarik dengan link yang telah dishare.Jom kita view kat sini pulak.;)




i Have a friend.(tetiba speaking).Namanya rahsia.Dia cool dan tenang.Bila tanya dia,awak tak terasa hati ker dengan apa yang sifulan tu buat kat awk?She says "tak lah biasa je".Oh man,saya yang melihatnya ni pun rasa macam terkilan dengan tindakan sifulan tue tapi kawan saya ni cool jer.Tapi hasilnya,dia meraih kebahagiaan walaupun diperlakukan sebegini rupa.

So,kalau kita fikir balik buat apa kita nak bersedih kan dengan apa yang orang buat kat kita.Kita sepatutnya happy sebab ALLAH nak uji kita.Maka dengan ujian itu,secara tidak langsung kita akan dapat ganjarannya.


Kemarahan kita kepada seseorang akan memudaratkan kita sendiri lebih daripada orang yang kita marahkan. Justeru, memaafkan adalah langkah yang paling baik – bukan sahaja untuk orang lain tetapi untuk diri kita sendiri. Ertinya, memaafkan orang lain samalah seperti memaafkan diri sendiri. Diri kita akan menjadi lebih tenang, ceria dan stabil apabila memaafkan ’musuh-musuh’ kita. 

from http://genta-rasa.com/2009/10/07/jangan-marah/

So,lets change Wan Nur Nadia.Bila kita marah,kita sudah membazirkan saat-saat keindahan dalam hidup kita.
 
agak,bila tengok gambar nie,korang marah tak.Tersenyum sorang2 saya tengok gambar nie ;).Comelnya.

notakaki~saya rindu kucing saya~

Wait for me Smk Sungai Pusu ;)

Alhamdulillah dengan izin ALLAH dapat saya berpraktikal di SMK Sungai Pusu.Harap-harap warga-warga sekolah tersebut menerima kehadiran saya dan kawan saya dengan seadanya.
Hohoho...semoga segalanya dipermudahkan.Begitu juga dengan urusan anda.
Berdebarnya nak p pratikal.Nak ajar anak orang.Bukan senang tue nak mendidik anak orang menjadi pandai+bijak+genius.

Tapi,penting ke semua tue kalau tidak disertai dengan akhlak yang baik.
ermm.bagi saya,cukup sudah anak murid saya mempunyai akhlak baik walaupun akademik tak seberapa .Kan?
Yeah.mereka mungkin sudah berusaha.Tapi ALLAH tangguhkan rezeki mereka dulu sebab ALLAH nak bagi yang lebih baik lagi.Kan?



Cikgu sekarang bukan mcam cekgu dolu2.Mai nak habak.student sekarang kalau cikgu suruh buat ketuk ketampi 20 kali pun siap kasi tahu mak bapak.bagi mak bapak yang memahami,tak pe la yew.Tapi,kalau mak bapak yang manjakan anak diorang,silap hari bulan,kena sama woooo.Macm status teacher saya kat FB.


Lecturer ada cakap cikgu sekarang sebelum ambil tindakan kat budak2,kena fikir dulu pasal periuk nasi.Betul tak?


Ok.dah tak tau nak taip aper.Gua p dulu yew.Lets check it out


notakaki~lalala,berdebar ..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...