Pages

Followers

Friday 1 June 2012

story about my little brother


Sedar tak sedar, hari ni merupakan hari terakhir pelajar UPSI berkuliah (walaupun hari ini hamba tiada kuliah) . Selepas itu, bagi pelajar2 lain, boleh lah bercuti dgn girangnya berbanding aku yang hanya ada 10 hari saja untuk bergoyang kaki di rumah sebelum i pergi berpraktikal. Bila kalian semua bertanya kepada hamba sama ada gumbira atau pun tidak untuk pergi berpraktikal, perasaan hamba bercampur baur. Macam ABC. Beza ABC dengan perasaan hamba ini hanyalah ABC tu boleh dimakan, manalaka perasaan hamba ini kalau nak dimakan pun tidak boleh. 

ABC ni boleh dimakan, Sodap lagi
Hah,


the main point i want to story mory in this awesome blog is about my little brother. yeah. He is a teenager now. 18 years old. Masa berlalu agak pantas kan. Di fikiran nie masih teringat lagi semasa dia berumur dalam 2 tahun, , adikku iaitu Qaif dimasukkan ke hospital selama 1 minggu kerana seluruh badannya terkena air kopi yang panas. Yeah. adikku masa kecik - kecik dulu buas. 3 kali terkena jahitan kerana terlalu leka bermain. Hamba dulu pun bukanlah kakak yang baik. Tak pandai nak jaga adik. Yeh, apalah yang nak diharapkan sangat pada seorang kakak yang berumur 8 tahun pada masa itu. 


Then,


 Bila umur adikku ini menjangkau 5 tahun, family aku dikejutkan dengan adikku yang sorang ni menghidap penyakit leukemia. Yeah..sapa tak terkejut. Masa tue hamba baru berumur 10 tahun. Disebabkan kanak-kanak mcm hamba nie kuat berimaginasi, aku selalu fikir adik aku ni dapat ke bertahan dengan lebih lama..Sedih sangat taw masa tue..itulah saat yang kedua paling sedih dalam hidup kitew nie taw...ALHAMDULILLAH, Allah Maha Pengasih dan Maha Penyayang, semuanya kehendak ALLAH..adik hamba nie dikesan menghidap penyakit ini pada peringkat awal, jadi masih dapat diselamatkan...Ye lah, masa kecik2 dulu suka tengok drama melayu. Hamba pernah tengok drama tajuk apa entah, pelakon tue disahkan menghidap penyakit Leukemia..Si doktor tu pun cakap " Puan hanya ada masa 3 bulan lagi untuk hidup "..Maybe disebabkan pengaruh drama laaa hamba fikir bukan - bukan..see...betapa kuatnya pengaruh media dalam kehidupan kanak - kanak macam aku dulu2 ini...The right thing is ajal adalah ketentuan ALLAH..Walau seteruk mana penyakit yang menimpa, ingatlah penyakit merupakan kafarah dosa  sekiranya kita redha dengan ketentuan itu.


Now,
Tanggal 1 June 2012, dengan ini adikku dapat melanjutkan pengajiannya 
dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik bertempat di Politeknik Kok Lanas, Ketereh, Kelantan. Sekali lagi aku mengucapkan syukur kepadaMu Ya Allah kerana politeknik nie dekat jer dengan umah. Dalam 3o minit. Hamba sangat bimbang sekiranya dia ditempatkan di negeri - negeri lain. Bimbang kerana pada kaca mata hamba, dia masih budak hingusan. Tambahan pula adik hamba nie ditawarkan Diploma Kejuruteraan Elektrik, jadi ini membuatkan hamba lebih gembira. 






So, sebagai kakak yang prihatin akan masa depan adiknya, hamba mendoakan agar adik hamba ini menjadi insan yang cemerlang bukan sahaja di dunia, malah di akhirat sana. Belajarlah bersungguh2, jangan main - main lagi. You are the big boy right now..(cuti lepas SPM kan dah lama, x puas lagi ke main)
...dan yang paling penting lagi, please, janganlah bergaul dengan rakan - rakan yang kuat bersosial..please..bergaul lah dengan rakan - rakan yang jernih akhlaknya..okayhh.. 


walaupun dalam gambar nie beliau nampak poyo, di luar beliau biasa2 saja


p/s ; Wan Nur Nadia bukannlah kakak yang baik, tapi beliau tak mau melihat adiknya kecundang...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...