Pages

Followers

Friday 28 September 2012

Angan - angan yang tak boleh blah...

Assalamualaikum....

Selamat Hari Sabtu semua. Marilah kita sama - sama memanfaatkan hujung minggu ini dengan sebaiknya agar bila tiba hari Isnin nanti, beribu sesalan tidak akan muncul di hati kita. (Macam aku la, menyesal tak buat RPH & ABM, baru kelam kabut masa hari Isnin).

Well, well, well..
Tadi aku ada stalk fb kawan aku yang tengah study kat oversea. Macam fun jer kan study kat oversea kan? Macam Nadiah tengah study kat Russia sekarang. In my opinion, bukan senang bro nak study kat oversea. Tambah - tambah kalau musim sejuk, nak bangun tidur pagi - pagi bukannya senang. Dahla sejuk, tak sanggup aku nak tinggalkan selimut yang dapat memberikan haba kepada badanku. Aku pulak nie jenis mudah dapat homesick. Ada prob sikit jer homesick. Sikit2 homesick. Daripada zaman MRSM hingga ke peringkat U nie, homesick tetap ada. Tapi  normal la tu kan?

Namun, angan - angan mat jeninku untuk menjejakkan kaki ke oversea yang ada musim sejuk sentiasa ada. Ye la. Sapa yang tak teringin nak melancong kat oversea walaupun kat negara sendiri pun banyak lagi tempat yang tidak dilawati. Cuti - cuti Malaysia.

Drama..
Masa aku zaman matrik dulu-dulu kan, aku pernah berangan, aku tak nak pergi oversea untuk study, sebab aku rasa aku tak boleh survive bila dok kat sana. Tapi sekarang tak da lah. Aku dah matang. Orang cakap ulat dalam batu pun boleh hidup, inikan kita pula manusia hidup di bumi Allah. Walau pun dok kt oversea jauh dari family, namun, Allah kan ada. Selangkah kita kepada ALLAH, seribu langkah Allah kepada kita.

Namun, angan - angan aku yang memang tak boleh blah ialah :

Aku berangan nak kahwin dengan seorang lelaki (tak kan dengan pompuan kot) yang belajar kat oversea like London, Korea or Germany (demand nampak). And then dia ditugaskan untuk bekerja kat oversea. Bila aku kahwin dengan dia, mesti aku secara langsung akan tinggal dan menetap kat oversea jugak kan. Muehehe. Bijak tak angan - angan aku nie walaupun tak produktif.
Pstu nanti nak dekat raya, tak boleh balik sebab suami kerja. Snap gambar kat oversea kemudian hantar gambar kat Utusan untuk Salam perantauan. Setiap tahun, aku nak suruh Umi, adik-adik dan famili aku fly tempat aku. Bila dia sampai sini, aku boleh bawak dia jalan - jalan kat bumi asing nie. Mesti diorang suka kan.

Boleh kah angan-angan akan jadi kenyataan? InsyaAllah. Allah know the best for us. Right? Sebenarnya, angan - angan ni masa aku matriks la. Sekarang tidak lagi. Sesetengah kawan aku cakap tak sabar nak kahwin. I'm like what? In my opinion, nak kahwin nie kena benar2 ready tau. Fizikal n mental. Dua2 kena tough. Sejujurnya, aku dalam hati ni memang tak bersedia nak berkahwin buat masa sekarang. Sebab tak cukup matang lagi. Jiwa kanak-kanak riang tak hilang lagi dan memang tak akan hilang kot. Namun, aku tak nak kahwin lambat-lambat. Target umur 25 tahun la. 

Bila aku kerja nanti, perkara perkara yang aku nak buat ialah aku nak kumpul duit manyak2, aku nak nak pergi haji dengan umi, adik2 n juga mak saudara aku yang tak pergi haji lagi macam Mok Long dan Mok Joh. Umi aku selalu bilang 'Siapa bilang gadis melayu tak menawan'  Umi nak g Mekah. Tapi lambat lagi la. Nak tunggu anak besar dulu. Nak tunggu duit cukup dulu. Aku harap aku dapat menyumbangkan dana untuk Umi aku yang tercinta.


1 comment:

  1. salam yaya.
    hehe
    insyaAllah, smoga termakbul apa yang yaya mau :)
    nak tumpang bahagia kekeke
    cepatla kawen yayaaaa! :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...