Pages

Followers

Friday 28 October 2011

bersukurlah............



Disaat kamu merungut kerana tidak mempunyai kasut yang baru untuk dipakai,ketahuilah bahawa ada individu lain yang tidak mempunyai kaki untuk memakai kasut,

Disaat kamu sedih kerana memakai pakaian yang tidak berjenama,ketahuilah bahawa masih ada insan yang bergembira walaupun hanya memakai baju compang-camping.

Ketika kamu mengomel kerana ibu bapamu tidak memberikan apa yang kamu inginkan,ingatlah bahawa ada orang lain yang tidak mempunyai ibu bapa untuk memberikan apa yang dia hajati.

Ketika kamu marah kepada mak cik kantin kerana menghidangkan juadah yang tidak enak,ketahuilah bahawa terdapat insan di luar sana yang menyelongkar tong sampah untuk mencari sesuap nasi,

Pada detik kamu menangis kepenatan,ingatlah bahawa masih terdapat ramai insan yang tidak cukup rehat untuk menghilangkan kepenatan,

Ketika kamu kecewa kerana mnedapat keputusan  peperiksaan yang tidak membanggakan,ingatlah bahawa masih ada insan yang tidak dapat mengambil peperiksaan kerana kesempitan  hidup,

Hidup ini untuk bersukur.
Andai kamu berasa kamu cukup menderita,ketahuilah bahawa masih ramai insan diluar sana yang lebih menderita daripada kamu.
Dalam aspek keduniaan,jangan kamu bandingkan dengan orang yang lebih tinggi dari kamu kerana akan menzahirkan rasa tidak bersyukur dalam hati,
Tetapi,
bandingkan dengan orang yang lebih rendah dari kamu agar rasa syukur terbit dari sanubari.


cubaan untuk menulis hasil sendiri buat kali pertama.walaupun penggunaan ayat hanya biasa,namun berharap suatu hari nanti dapat menjadi penulis yang dapat menghasilkan hasil karya yang menyentuh sanubari pembaca.
^_^

1 comment:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...