Pages

Followers

Wednesday 11 April 2012

Definisi Cantik

CANTIK

sapa tak nak cantikkan.Lelaki dan perempuan mesti nak kelihatan handsome atau cantik terutama sekali apabila kita berhadapan di khalayak ramai.

Kalau tanya Angelina Jolie,
"Angie,what's beauty means to you"?
My lips makes me beautiful..muaaaahhh 

Kalau tanya Kareena Kapoor,
"Kareena,cantik tu aper"
nehi babuji,  (ada kaitan ke terr) "Hidung yang mancung tu cantik"

Kalau tanya Yoona SNSD,
maybe Yoona jawab "tengoklah kulit saya yang putih dan mata saya yang bulat"

ok done.semua dialog di atas adalah rekaan pengarang semata-mata tapi since mereka-mereka dia atas adalah golongan artis antarabangsa yang meletup,sudah tentulah kecantikan luaran itu amat penting bagi mereka agar mereka nampak cantik dan segar di hadapan peminat.

CANTIK DALAM ISLAM

Dalam ISLAM,rupa paras itu adalah tidak penting.Yang penting adalah hati.Kalau hati bersih dan suci,nescaya di wajah juga akan terpancar kebersihan dan kesuciannya.Manusia adalah sebaik-baik kejadian.JADI,adalah tidak adil sekiranya rupa paras itu dijadikan ukuran untuk ke syurga kerana rupa paras itu adalah pemberian ALLAH.Di sisi ALLAH,TAQWA itu menjadi ukurannya.


Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah”. 
Surah At Tiin, Ayat 4-5.

Jadi,semua yang kita miliki sekarang adalah pinjaman daripada ALLAH.Tidak perlulah kita berbangga kerana ini semua bukan milik kita.Yang paling penting jangan sesekali menyalahgunakan pemberian ALLAH.

BAGAIMANA NAK KELIHATAN CANTIK

Macam mana nak kelihatan cantik yew?
Pakai Fair&Lovely kah?Safi Rania ..jelita tanpa mengira usia..Oh you..dalam Islam,senang jer nak cantik .tidal perlu keluarkan wang beribu-riban yew.

1. Untuk mendapatkan wajah yang segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minimum 5 kali sehari dengan air wudhuk. Jangan dilap atau dikeringkan air tersebut di anggota , biarkannya kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir dan berdoa. 

2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah pergerakan. Perbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkomunikasilah dgn Allah SWT melalui zikir dan doa. 

3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. 
Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- 
(DOA TENGOK CERMIN) 

4. Untuk mempunya bibir yang cantik, bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takbur. 

5. Untuk mendapatkan tubuh langsing, amalkan diet yang teratur dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika berkeupayaan, lebih bagus lagi puasa seperti Nabi Daud AS iaitu selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air putih. 

6. Untuk mengembangkan diri, sebarkan salam dan sapaan. Dengan demikian kita akan banyak dikenali dan disayangi.


Senangkan?Tak perlulah bersakit-sakit nak cucuk sana,cucuk sini.Sakit yew.Nak cucuk jarum kat lengan pun dah sakit inikan pula kat bahagian muka.
Tak perlulah berhabis-habisan nak beli kosmetik yang mahal-mahal padahal segelintir ramuan dalam kosmetik tersebut adalah mengandungi bahan kimia yang berbahaya untuk kulit.


CANTIK DI HADAPAN ALLAH LEBIH UTAMA 

BERBANDING DI HADAPAN MANUSIA.KAN?

Anda semua cantik


p/s ;Ingatan untuk diri sendiri terutamanya.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...