Pages

Followers

Tuesday 10 April 2012

Matlamat itu penting

Memang kebelakangan ni sudah lama tidak mengapdate blog kesayangan.
Mungkin disebabkan sibuk dengan jahit,research dan bagai-bagai lagi assignment yang seangkatan dengannya.Namun,mesti korang perasan tak yang aku apdate kan kelmarin.Iyalah skunk ni aku lagi honeymoon kat umah for 1 week.Pejam celik hari dah masuk hari Rabu.Sebentar gila masa berlalu.

Kalau assignmnet banyak,rasa malas nak buat kan.Aku rasa macam nak tidur jer walaupun hati tak tenang.Tapi kalau assignment sikit pun malas juga nak buat.aiyaa.memang tebukti lah kau ni pemalas yer Nadia (ketuk kepala sikit).



Bagaimana nak memjadi manusia yang bermatlamat?

Aku sebenarnya bukan manusia yang tidak mempunyai matlamat.Tapi aku adalah manusia yang kadang-kadang malas nak menunaikan matlamat tersebut.Memanglah aku rajin pergi kelas sebab kadang-kadang boring juga u dok kat bilik.Dah lah bilik aku mcm gua.Sangat kondusif untuk tidor.ZzZz.
Ini menjadikan aku bila buat kerja jadi slow sikit.Ye lah konon-kononnya hari ni target aku nak siapkan modul subtopik 1.1.Phewww.tengok-tengok separuh pun tak siap.Maybe aku ni jenis yang suka fikir lama-lama sampai tangan tak bergerak.Ye la sekarang ni aku agak bangga dengan diri aku kerana dalam satu hari aku tak on pun FB u.cayalah u.hehehe.

Now,aku sudah tahu bagaimana nak jadi manusia yang bermatlamat.pertama,cari tempat yang kondusif untuk merealisasikannya.
Tempat yang bermain di fikiran aku sekarang ialah Pustaka Tunku Bainun.Since nanti naik cuti aku nak bawak adik aku punya motosikal,so,aku rasa tiada masalah untuk aku pergi ke pustaka .Tidak perlulah aku tunggu pak cik bas yang mengambil masa 30 minit untuk bergerak terutamanya hari Ahad dan Sabtu.Semoga segalanya dipermudahkan oleh ALLAH.AMEEN.
motor budak i la aku nak bawak terrrr


kEDUA,I kena bersungguh-sungguh untuk mencapai matlamat tersebut.Bukannya senang nak buat Research Project ni.Bukannya boleh main copy paste dalam blog orang lain dan korang print.Yang tu dah jadi plagiat u know.Nak buat reseacrh , pertama kena baca la dulu.Kebanyakan bahan bacaannya adalah omputih,memang la.Aku ni pure melayu,mana lah nak paham mat salleh tu cakap apa.Kalau setakat i lap u,u lap i tu aku paham la.Juz broken-broken english u know.Easy-easy first,difficult-difficult later (quotes from the awesome teacher,Sir Fakri).

Ketiga,kita kena ada catalyst untuk mencapai matlamat itu.Bukan catalyst Minyak Kelapa Dara ter.Ni catalyst yakni peransang.Setelah aku mendengar story from my ex-housemate yakni Kak Wani,yang telah memenangi reseacrh terbaik semasa simposium budak-budak biologi semester lepas,wow,aku terpegun u know.She said "lab is the first house during the weekend".Oh Man .aku hujung minggu aku sibuk juga tapi sibuk tidur dalam bilik.Tidur lama-lama pun penat juga u ollss.So,nanti naik cuti pandai-pandai la Nadia untuk berubah.Masih belum terlambat lagi yew.

Ni aku nak story pasal kawan aku ni yang rajin.Memang rajin la kawan aku nie.Namanya WanNuR Nadia.Aku gurau ter.sory.Namanya aku tak habaq mai la kat sini.Memang kawanku ni rajin la p jumpa lecturer.Dia punya research dah kehadapan lagi berbanding budak-budak lain yang masih merangkak-rangkak lagi terutama aku la.Oh man.malasnya kau.Kenapa aku jadi mcam ni.Aku rindu diri aku yang sem1 dan sem2.Buat kerja ontime.Malam-malam study.Tak kisah orang nak cakap apa an,yang penting kita puas hati dengan apa yang kita lakukan.Kalau banyak membaca,kita akan lebih berfikiran terbuka u know.Tak de lah kita melihat masalah ni macam sesuatu yang besar.Kita kena lihat masalah tu sebagai peluang untuk memantapkan diri kita.

Oh man,aku dah kekeringan idea untuk menaip ni.Ok la.semoga entry ni bermanfaat untuk readers semua yew.Aku bukannlah pakar motivasi,tapi itu bukannlah satu masalah untuk aku tidak bermotivasi ..kan? (betul ke ayat aku ni,lantaklah janji korang bahagia,aku pun bahagia.hewhewhew)

"Allah tidak akan merubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang berubah"

"sebesar mana pun masalah,jangan pernah kamu mengalah"
(best quotes from me)


 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...