Pages

Followers

Monday 9 April 2012

my first students


Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan oleh ALLAH untuk meneruskan hidup di muka bumi ini.Ya Allah ,aku hambaMu yang lemah.Bimbinglah aku ke jalan yang benar.Ringankan badanku ini untuk menunaikan kewajipanMu.Amin. :)

Hehehe..sebenarnya,saya baru saja habis mengajar kat sekolah tadi.Aik?dah praktikal ker?mesti teman2 konfius kan.Sebenarnya tak praktikal lagi.Saya baru sahaja menyelesaikan satu tugasan yang diberikan oleh Dr Nor'ain untuk sesi makropengajaran di sekolah iaitu SMK CHERANG RUKU.Memang berdebar tahap cipan ni u ollss.Nak bagi kertas edaran kat students pun dah terketar-ketar.Tapi,lama-lama dah ok.heheh.Oh Man,baru aku sedar sememangnya tanggungjawab menjadi seorang guru adalah sangat22222 berat.Bukan senang u ollss tahu tak.Semalam i tidur pukul 3 u ollss.Bimbang memikirkan sama ada mereka faham apa yang aku ajar.Kalau murid x faham,aku tak salahkan students sebab diorang memang kelas pandai.Itu bermakna teknik pengajaran aku yang tidak berkesan.

Keseluruhannya,aku berpuas hati kerana dapat menyelesaikan makropengajaran dengan jayanya tanpa sebarang gangguan.Namun,adalah yang aku tak puas hati terutama cara kau menyampaikan ilmu kepada pelajar yakni aku memegang nota semasa sesi P&P.Sebaik-baiknya penyelesaian dan jalan kira semua dah ada dalam kepala otak aku ni.

Dari segi kerjasama pelajar,memang aku puji pelajar kelas aku.Semasa aku menulis di papan putih (tulisan senget u ollss),mereka tidak membuat bising.oh man.terharu aku.Bila saya tanya respon diorang,mereka memberi respon yang baik gitu.Kelas ni ada 3 orang lelaki jew.Aku ingat nama diorang yakni Daniel,Sya'aban dan Epul.Diorang agak nakal tapi walapupun sedikit nakal,tapi baik u olls.

Lalu aku flashback diriku ini,mampukah aku menjadi guru yang baik.Guru yang cemerlang?Macam mana aku nak menghadapi pelajar yang kelas hujung-hujung.Pelajar kelas hujung diorang bukakannya tidak pandai,tapi diorang tak minat belajar.Tapi kalau kokurikulum memang i sebagai seorang guru respect u olllss.Tu la,setiap manusia ALLAH ciptakan tidak semuanya sempurna.Aku berdoa agar aku dapat mendekati golongan kelas hujung ini dengan berhemah.Bukan calang-calang guru yang boleh meghadapi situasi sebegini.Sebagai seorang guru baru,memang kalau boleh aku tak nak mengajar kelas hujung.Tapi,guru tidak boleh pilih pelajar kan?Guru seharusnya mempunyai kemahiran untuk mendekati pelajar kerana setiap pelajar mempunyai personaliti yang berbeza.

Oh man,bila pelajar menghargai apa yang aku ajar tadi,aku rasa macam sangat bahagia dan terdetik di hati,"seronok juga jadi insan bergelar guru".Memandankan profesion ini merupakan pilihanku,jadi aku mesti teruskan dengan penuh amanah.Jangan sesekali menoleh ke belakang.

notakaki:entry seterunya ialah i nak story about kebaikan guru di sekolah ni yup.tunggu taw....

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...